Sunday, April 29, 2012

BERKAT KESABARAN


Kedinginan malam bersulam cahaya
Tenangnya air tiada bergelora
Segala prasangka terjawab jua
Semoga kau terus kekal bahagia


Demi keluarga  pilihlah dia
Itulah yang terbaik buat kamu semua
Segala kesengsaraan terlepas akhirnya
Ku doakan kebahagian mu buat selama-lamanya


Setiap persahabatan ku niatnya NYATA
Terkadang ramai yang salah sangka
Pada ku hanyalah kerana AGAMA nya
Itulah pesanan yang TETAP ku jaga


Segala matlamat  tercapai jua akhirnya
Walaupun rintangannya hebat belaka
Berkat kesabaran akhirnya berjaya
Segalanya kembali seperti sediakala


Begitulah hebatnya CABARAN yang melanda
Dalam menyampaikan AMANAH yang dibawa
Tersilap langkah padah lah yang diterima
Jika BERSABAR..PASTI ALLAH berikan GANJARANNYA..


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

KESABARAN


Bulan menghilang dicelah awan.
Namun bintang masih setia menemankan.
Diri ku yang sedang kesepian..
Duduk sendirian ditengah lautan.


Disini lah tempat ku cari pelajaran.
Mengenal apakah erti kesabaran.
Dalam menghadapi dugaan kehidupan.
Agar sentiasa dalam ketenangan..


Kesabaran ku diambil kesempatan..
Pesanan ku tidak dihiraukan..
Tegahan ku masih dilakukan.
Suruhan ku dilakukan tanpa keikhlasan.
Namun ku tetap menjaga kesabaran.


Pesanan Al Quran ku jadikan panduan.
Mengingatkan aku pentingnya kesabaran.
Jangan sesekali hilang kesabaran.
Kerana itu adalah sifat syaitan..


++++Nukilan Rasa : Kasih Di Hujung Nyawa++++

Thursday, April 26, 2012

PERMOHONAN KU

Tika kau gusar menanti
Apakah yang bakal terjadi
Ketentuan yang diberikan oleh ILAHI
Antara terus berdiri
Atau pun berundur diri
Ku harap kau menerimainya
Dengan rasa tenang hati

Aku tetap berdoa pada Ilahi
Berilah peluang untuk mu lagi
Meneruskan kehidupan yang indah ini
Dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi

Wahai kekasih hati

Percayalah!!!..
Allah akan sentiasa menyebelahi
Pada mu untuk meneruskan kehidupan ini
Berkongsi rasa kasih mengasihani
Yang tersemat dihati bersimpul mati

Ya Allah!!!

Ku merayu pada Mu ILAHI
Dengan sifat MU yang Maha Mengasihi
Permudahkan lah urusan kekasih ku ini
Untuk menghadapi esok hari
Berjalan dengan lancar dan teliti
Semoga dikurniakan kesihatan kembali

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Wednesday, April 25, 2012

PENGHORMATAN

Permata Hati Ku,

Pilunya hati bila ku ketahui
Diatas kegeringan yang kau alami
Yang sekian lama kau sembunyi
Demi menghiburkan diri ku ini

Pengorbanan mu amatlah tinggi
Teramat sukar untuk ku temui
Dialam nyata yang ku tempuhi
Disepanjang perjalanan hidup ini.

Wahai Permata Hati

Ku tetap bermohon pada Ilahi
Agar kau pulih kembali
Dapat meneruskan kehidupan ini
Kekal sejahtera bersama yang disayangi

Seharian bersama mu amatlah dihargai
Keramahan mu sangat disenangi
Oleh mereka yang mengelilingi
Berkongsi kehidupan sepanjang hari

Tak pernah sekali aku kesali
Diatas jalinan hubungan ini
Biarlah ia kekal berbuku dihati
Tersimpan rapi hingga kemati
Sebagai kenangan yang ABADI

++++Nukilan Rasa Kasih DiHujung Nyawa++++

Tuesday, April 17, 2012

PENGORBANAN

Patah tumbuh hilang berganti
Yang lama pergi..Yang baru menanti
Tak pernah ku tolak sama sekali
Demi "Amanah" yang telah ku persetujui

Demi AGAMA tetap ku tempuhi
Walaupun halangan yang harus ku lalui
Itulah tugas yang WAJIB dipenuhi
Biar pun sukar, namun janganlah Di INGKARI

Setiap USAHA pasti akan dinilai
Oleh Allah yang maha menguasi
Teruskan USAHA dengan IKHLAS HATI
Terangkat lah AMAL disisi NYA nanti

Setiap USAHA perlukan pengorbanan
Tanpa pengorbanan tiadalah KEJAYAAN
Korbankanlah MASA mu demi Tuhan
Pasti merasa indahnya IMAN.

Kuatkan SEMANGAT dalam mempelajari
Itulah pesanan ku pada saudara dan Saudari
Usahlah goyah dengan cabaran yang dihadapi
Walaupun ianya datang dari suami dan Isteri.

++++Nukilan Rasa: Sampah Di Lautan PG++++

Friday, April 13, 2012

TERSEMBUNYI PENGAJARAN

Indahnya Ciptaan tiada tolok bandingan
Memandangnya, hilanglah kebosanan
Terpaku lah diri menikmati kebesaran
Kekuasaan MU disebalik Ciptaan


Setiap ciptaan mempunyai tujuan
Maksud tertentu yang ingin disampaikan
Pada INSAN yang sering kedahagaan
Mencari Petunjuk kebenaran dari Tuhan


Sedarlah wahai setiap INSAN
Hentikanlah menghina disetiap kejadian
Walaupun ia bukan kau sukakan
Kerana segalanya adalah Afaal Tuhan


Segala Kejadian semuanya "Perumpamaan"
Yang tersembunyi sesuatu "Pengajaran"
Bagi mereka yang inginkan 'Pembaharuan"
Dalam mencari Keredhaan Tuhan


Wahai makhluk yang bergelar INSAN
Hayatilah segala ciptaan Tuhan
Pasti kau akan mendapat "Pengajaran"
Lawanlah Nafsu...Tingkatkanlah IMAN...


++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++

Wednesday, April 11, 2012

MENUMPANG KASIH

Rinduku pada Mu bertandang lagi 
Tak pernah terpadam walupun seketika 
Mengapakah ini sering terjadi 
Sehingga kini tiada jawapanya

Maafkan lah daku wahai sayang ku 

Kerana tak mampu mengawal rindu 
Yang sering menerjah di jiwa ku 
Terkadang fikiran menjadi terbuntu
 

Tersiksanya jiwa batin merana 
Bila kau tiada walau seketika 
Bagaimanakah sekiranya kau lenyap selama-lamanya 
Mampukah aku terus menghadapinya
        

Sayang Ku!
 

Hidup ku kan rasa bahagia 
Bersama mu walaupun dialam maya 
Kau tetap ku hargai seadanya 
Kekal hingga kehujung Nyawa
 

Terimakasih ku ucapkan pada mu sayang 
Memberikan ruang untuk ku bertandang 
Menumpang cinta, kasih dan sayang 
Semoga kau mengizinkan ku terus menumpang 
Sehingga aku kembali pulang....
 

++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++

KENANGAN SILAM

Terjaga dari lamunan sepi
Tika duduk menyendiri disenja hari
Tersentak hati bila KAU menghubungi
Teguran MU mengingatkan KU kembali
Segala kenangan yang kita lalui

Dahulu...

Dimana KU pergi KAU tetap menemani
Suara MU menjadi teman dimalam hari
Bersama desiran bayu dilautan nan sepi
Namun kini tiada kedengaran lagi

Masihkah KAU ingat lagi?
Tentang angin,desiran ombak, yang sering KAU dengari
Seolah- olah sangat memahami
Tentang kerinduan yang melanda dihati
Antara INSAN yang kasih mengasihani

Persinggahan MU membawa seribu erti
Walau seketika, namum tetap dihargai
Itulah hubungan antara dua hati
Menumpang sebentar berkongsi naluri
Namun kini, telah berlalu pergi

Biarlah segalanya disimpan rapi,
Segala dugaan yang pernah dilalui
Sebagai kenangan yang amat berti
Yang tak mungkin dilupai hingga ke mati

++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++

Saturday, April 7, 2012

KEMURKAAN MU- KERINDUAN KU


Kerinduan terlepas jua
Bila terdengar dikau bersuara
Walaupun dengan nada murka
Namun aku tetap bahagia

Ku tahu murka Mu tak kemana
Sekadar hanya dibibir saja
Akibat kuatnya rindu yang membara
Disebabkan lama tak bersua

Kehadiran sering ditunggu-tunggu
Samada engkau atau pun aku
Bila muncul tersenyum sipu
Bermula lah bicara kasih bermadu

Gelak tawa mu menawan kalbu
Suara manja mu aku terpaku
Bergurau mesra itulah kesukaan ku
Membuat aku tergila-gila pada mu

Kasih ku pada mu usahlah diragu
Masih kekal seperti dulu
Walaupun aku sering diganggu
Namun tetap ku setia pada janji ku

++++ Nukilah Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Friday, April 6, 2012

PERJANJIAN

Kalimah Tauhid itulah perjanjian
Antara Hamba dengan Tuhan 
Ketika masih dalam kandungan
Terlepas bila mendapat kesenangan
Itulah akibat rapuhnya IMAN

Hidup didunia banyak halangan
Hadapilah ia dengan ketenangan
Itulah cara yang dianjurkan
Barulah terasa hebatnya IMAN

Kalamullah petunjuk jalan
Sabda junjungan dijadikan ikutan
Pasti selamat dalam kehidupan
Terselamat lah kembali kepada Tuhan

Selamat KEMBALI itulah idaman
Setiap INSAN yang punyai KEIMANAN
Berusahalah kita berlandaskan panduan
Seperti yang ditunjukan Nabi junjungan

Bila semua dapat dilaksanakan
Tenanglah hati sempurnalah Iman
Barulah dikatakan umat junjungan
Kembalilah kepadaNYA dengan AMAN

++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++

Thursday, April 5, 2012

MAAF KAN AKU

Tiada niat ku untuk melukai
Hati mereka yang pernah disakiti
Oleh mereka yang sering  mungkiri janji
Dek janji manis, Namun tak pernah ditepati

Aku sering mengelamun sendiri
Mencari ilham untuk berpuisi
Bukan untuk dikenali mahupun dipuji
Hanya sekadar untuk berkongsi
Semoga terhibur hati nan sepi

Namun.....
Nukilan ku sering disalah erti
Mungkin juga menguriskan hati
Pada mereka yang sering menghayati
Disetiap Bait- bait yang disusun rapi

Wahai saudara yang ku kasihi
Hadirku disini atas kehendak Ilahi
Mempunyai Rahsia yang tersendiri
Sehingga kini masih TERSIMPAN rapi
Semoga ia kekal sebagai RAHSIA HATI

Bermohon aku pada ilahi
Agar diberi kekuatan diri
Untuk terus mencoretkan puisi
Demi menghiburkan teman disini
Tanpa menyinggung mana-mana Hati

++++Nukilan Rasa Kasih DiHujung Nyawa++++

Tuesday, April 3, 2012

KERINDUAN BERTAHTA

Wahai Permata Hati!

Tak pernah ku merasai
Kau melukai hati ini
Walau seberat mana pun diuji
Malah ia menguatkan lagi
Kasih yang bertapak di hati

Hebatnya CINTA yang tercipta ini
Berasaskan hati yang tulus suci
Sebagai satu kurniaan Ilahi
Pada sekeping hati yang sepi
Sentiasa menanti  Kasih Mu untuk di isi
Kekal terus menguasi disetiap inci.

Wahai Permata Hati!

Biarlah kita sering di uji
Oleh mereka yang iri hati
Melihat KEBAHAGIAN yang kita kecapi
Namun amat ku percayai
Inilah caranya Allah menghendaki
Supaya kita saling menghargai
Perasaan KASIH yang diberi
Agar terus KASIH MENGASIHI

Usahlah dirisaukan perasaan yang menghantui
Kerana ia kan tetap menjenguk HATI
Disebabkan kuatnya perasaan RINDU ini
Terpisah JASAD namun tidak DIHATI
Ingin BERSAMA hingga KEMATI
Bagaikan pasangan DUA SEJOLI
Menikmati indahnya CINTA sejati.

Wahai Permata Hati,


Cuba kau hayati ungkapan ini
Yang membawa seribu erti
Tentang perhubungan kita yang SUCI
Yang sudah menjadi sebati
Antara kita sehingga kemati
"Selagi adanya PERASAAN ini...
"Selagi itulah KERINDUAN pada Mu BERTAHTA di HATI"

++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++