Sunday, May 20, 2012

TERUKIR SENYUMAN


Dunia dikelilingi dengan senyuman
Yang diukir oleh insan pilihan
Yang tulus ikhlas dalam perhubungan
Senyuman yang membawa ketenangan


Senyuman mu adalah ciptaan Tuhan
Yang lahir dari sebuah keikhlasan
Terbit dari hati yang penuh ketenangan
Membuatkan disekeling mu terasa aman


Tersenyum lah wahai insan pilihan
Sesungguhnya senyuman mu sungguh menawan
Yang kau miliki sebagai satu kelebihan
Sebagai hadiah kurniaan Tuhan


Tenang hati ku dek senyuman
Dilemparkan oleh mu sebagai hiasan
Walau dalam apa jua keadaan
Kau tetap mampu melemparkan senyuman


Itulah dia disebalik senyuman
Mempunyai tarikkan yang sungguh menawan
Bagi yang menghayati ciptaan Tuhan
Dapat merasa UNIKnya disebalik CIPTAAN.


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Friday, May 18, 2012

ROH KASIH MU


Bila hati mula bergetar
Jari jemari menari-menari
Tercoret lah kata-kata hati
Yang tak mampu ditahan lagi
Terciptalah Nukilan Rasa hati
Menjadi kenangan yang abadi

Selagi berdenyut nadi
Selagi RINDU menjenguk hati
Tersusunlah bait-bait indah yang memuji
Keindahan PERCINTAAN kurniaan Ilahi
Yang tetap ku simpan rapi

Ada kala aku DI UJI
Dengan kata-kata yang mengguris hati
Dengan CABARAN yg boleh membenci
Namun ku tetap dengan janji
Tidak berganjak walau seinci
Malahan KASIH semakin terbelit rapi
Sehingga tak mampu TERURAI lagi

Semakin hari ku jalani hidup ini
Terasa bahagia dan dihargai
Walaupun kau tak bisa dimiliki
Namun tetap kau ku genggam rapi
Tak ku rela kasih mu terlepas pergi

Hebatnya cinta yang kita lalui
Kan menjadi sejarah antara DUA HATI
CINTA yang penuh dengan ILUSI dan PUISI
Yang membawa RAHMAT pada meminati

Selagi masih ada yang MENGHAYATI
Selagi itulah ROH KASIH tak akan mati
Walaupun JASAD sudah KEMBALI
Semangat KASIH kan terus KEKAL ABADI….

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++

Tuesday, May 8, 2012

CINTA NURANI


Penantian itu satu penyiksaan
Disebalik penyiksaan teruji kesabaran
Menguatkan lagi rasa kerinduan
Pada mu wahai SANG IDAMAN


Mengenali mu adalah satu KEINDAHAN
Berkongsi perasaan adalah satu KEMANISAN 
Mencintai mu adalah satu PENGANUGERAHAN
Melupakan mu adalah satu KEPILUAN
BERCINTA nya kita adalah satu UJIAN


Badai yang melanda amatlah menggerunkan
Namun Perasaan tetap di kekalkan
Demi meneruskan serpihan percintaan
Yang hadir dihujung kehidupan
Walau pun perit tetap ku pertahankan


Rayuan demi rayuan tetap dilontarkan
Bingkisan ringkas tetap di sampaikan
Walaupun kau tidak hiraukan
Namun tetap ku bingkiskan tanpa bosan


Cinta ku pada mu bukanlah pada ucapan
Bukanlah  juga satu permainan
Sesungguhnya ia terbit dari KETELUSAN
Bersumber dari "HATI NURANI" yang KESEPIAN


++++Nukilan Rasa :Kasih Dihujung Nyawa++++

Sunday, May 6, 2012

SANG IDAMAN




Rindu ku tak pernah bosan
Semakin lama tak bisa ditahan
Itulah kebenaran bukan kebetulan
Lahir dari ketelusan persahabatan


Di Alam Maya  disinilah pertemuan
Bermula dari gurau-gurauan
Lama kelamaan terbit perasaan
Menjalin percintaan yang mengasyikkan
Tak mampu lagi dipisahkan
Biarpun badai datang menahan


Begitu hebatnya perasaan kecintaan
Pada mu wahai SANG IDAMAN
Malam dan siang tiada perbezaan
Jarak kedudukan bukan lagi halangan
Kerana kau telah menguasi pemikiran


Hadirnya kau tetap dalam kenangan
Kemas dirangkul dalam dakapan
Tak rela terpisah.. tetap ku pertahan
Walau pun nyawa jadi taruhan
Kerana CINTA KU pada mu SANG IDAMAN


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Friday, May 4, 2012

KASIH DI HUJUNG NYAWA


Itulah Kasih DiHujung Nyawa
Tak boleh dinyata hanya mampu DI RASA
Itulah "Rahsia dalam Rahsia"
Hanya ada pada yang MERASA"


Rasa CINTA di kurniakan SANG PENCIPTA
Pada kita yang sering dahaga
Sekian lama dalam derita
Akhirnya bertemu jua
Walaupun JASAD terseksa
Namun... 
BATHIN tetap bahagia


KEIKHLASAN antara kita mestilah dijaga
Hormat menghormati bertimbang rasa
KASIH dan SAYANG terus dipelihara
Semoga berkekalan kehujung nyawa


Hebatnya kasih dihujung Nyawa
Tercipta antara kita berdua
Tak bisa dipisahkan oleh sesiapa
Walau jasad terpisah.
Namun..
Semangat CINTA nya TETAP Membara
Pada setiap INSAN yang BERCINTA


++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++