Monday, July 29, 2013

IBUNDA TERCINTA

Berkumandang sayu lagu raya
Membuat hati tak tentu hala
Teringat kembali ibunda tercinta
Namun kini ibunda telah tiada

Menjelangnya hari raya
Kunjungan pusara mu menjadi utama
Doa dipohon pada yang ESA

Agar Bonda aman disisNYA

Ampunilah segala dosa anakanda
Sejak kecil hinggalah dewasa
Tanpa keampunan mu tiadalah syurga
Berdosalah anakanda sampai bila-bila

Wahai ibunda yang tercinta
Walaupun kini kau telah tiada
Kasih ku pada mu tiada batasnya
Alfatihah menjadi wadah perhubungan kita

Dibulan ramadahan yang penuh mulia
Roh bonda pasti menziarahi anakanda
Restuilah segala kehidupan anakanda
Tegurlah anakanda sekiranya terleka

++++Nukilan Rasa:Kasih Dihujung Nyawa++++

Sunday, July 14, 2013

BUAT MU SAYANG


Lemah longlai melangkah pulang
Rezeki tak cukup dijadikan santapan
Kehampaan terubat melihat wajah mu sayang
Menyambut kepulangan dengan senyuman

Terharu melihat kesungguhan mu sayang
Sanggup meninggalkan lena semalaman
Hati yang rawan menjadi tenang

Melihat wajah mu yang sungguh menawan

Rezeki dibawa diberi perhatian
Walau sedikit terus disiang
Segera dimasak masakan kegemaran
Dibuat dengan penuh keikhlasan

Oh Tuhan!!!

Bersyukur hamba diatas kurniaan
Hadirkan insan penuh kasih dan sayang
Menjadi teman menjalani kehidupan
Kehidupan sederhana yang sungguh tenang

Layarkan bahtera teruskan perjalanan
Walaupun dilanda gelora yang datang
Hadapilah dengan penuh ketenangan
Kekal kan sifat kasih dan sayang

Ingatlah pesanan ku wahai sayang
Bertolak ansur amat diperlukan
Hormat menghormati kunci kasih dan sayang
Belas ikhsan jadikan amalan

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++.