Thursday, August 30, 2012

LAMBANG PERCINTAAN

Kesunyian mencengkam kerinduan
Hati sayu menanggung keresahan
Hilang diri mu tanpa pengkhabaran
Merintih menanti tiada kesudahan

Jasad kaku fikiran melayang
Usah disiksa diri ku yang malang
Hidup hambar tanpa mu sayang
Merana diri bukan kepalang

Kehadiran mu amat ku nantikan
Bermesra dengan mu itulah tujuan
Kucupan berahi buat ku kelemasan
Bahagialah hidup terlepaslah kerinduan

Wahai kasih dikaulah pujaan
Biarpun merana tetap dipertahan
Sebagi lambang satu percintaan
Percintaan terindah antara insan

Sering bermohon pada mu Tuhan
Kekalkan kasih antara dua insan
Leraikanlah segala perasaan kerinduan
Tersenyumlah diri walau keseorangan

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Wednesday, August 29, 2012

CINTA SEJATI

Getaran hati tak terkawal lagi
Mengerakkan jari jemari tanpa henti
Melakarkan bait-bait puisi
Menjadi tatapan permata hati

Puisi indah yang kekal abadi
Jadi kenangan antara dua hati
Mendambakan kasih tiada henti
Merindu dendam membara dihati

Duri dan ranjau tetap diharungi
Ombak dan badai mampu ditempuhi
Bahtera kasih tetap dilayari
Gagah menuju menghala kedestinasi

Bersatu kukuh antara dua hati
Menikmati indahnya cinta sejati
Melayari kemesraan yang tercipta ini
Kekal abadi hingga ke mati

Cinta sejati tak pernah diimpi
Hadir menyelinap kelubuk hati
Terasa longlai tubuhku ini
Kerinduan padamu permata hati

Kerinduan ku terubatlah kini
Pabila ternukil puisi ku ini
Sebagai wadah luahan hati
Menjadi kenangan kekal abadi

++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

Friday, August 24, 2012

REBAH KELEMAHAN

Kelopak kuntuman berderai berguguran
Berguguran terkulai dibawah jambangan
Tiada disangka tak mampu ditahan
Yang tinggal hanyalah hiba kesedihan

Kesedihan semalam bukanlah gurauan
Parah terluka akibat tikaman
Tikaman yang datang dari dalaman
Tiada tersedar rebah kelemahan

Ditatang penuh dengan kelembutan
Dijaga dengan penuh kesayangan
Namun dibalas dengan tikaman
Merana sehingga dipenghujung kehidupan

Merangkak berdiri mengembalikan keyakkinan
Untuk meneruskan sisa kehidupan
Yang tercemar mampukah dikembalikan
Biarlah Allah saja yang menentukan

Kesabaran yang ada masih bertahan
Dalam menempuh segala dugaan
Kepercayaan dahulu berderai bertaburan
Tak mungkin lagi dapat dikembalikan

Kasih yang diberi disia-siakan
Manisan ditaburi cuka dibalaskan
Inilah lumrah rencah kehidupan
Sekiranya lemah merana lah badan

Doa dipohon pada mu Tuhan
Hilangkanlah derita kembalikan keceriaan
Padamkan ingatan tentang kedukaan
Semoga tenang menghadapi hari kemudian

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++



Tuesday, August 14, 2012

USIA DUNIA


Waktu dan ketika kan menjelang jua
Tak mampu ditangguh walaupun seketika 
Saban waktu menghitung usia
Meninggalkan yang lalu menanti yang bakal tiba

Selamat tinggal usia dunia
Hanya terukir pada angka
Kudrat terbatas adalah ketentuan Nya
Namun bersyukur diberi lagi rasa

Usia yang berlalu banyak yang tersia
Berhayal seketika keseronokkan dunia
Sehingga terlupa apakah tujuannya
Kehadiran diriku dimuka dunia

Amanah yang dipikul hampir terlupa
Sebagai khalifah dimuka dunia
Menjunjung kalimah perjanjian dengan Nya
Diserahkan kembali bertemu pada Nya

Doa sentiasa ku pohon pada Nya
Peliharalah diriku dari kemusnahan dunia
Tak mampu ku tempuh tanpa izin Nya
Kerana aku hamba yang Hina

Aku adalah hamba yang hina
Kotor dari dosa dan noda
Keampunan ku pohon hanya pada Nya
Semoga terampun segala dosa dan noda

Bersyukur aku tidak terhingga
Diberi lagi kenikmatan usia
Sebagai tanda kasih DIA pada hamba Nya
Untuk memperbaiki amalan pada Nya

Cabaran mendatang ku gagahi jua
Tanpa mengira apakah bentuknya 
Kesabaran dan berusaha adalah kunci segalanya.
Pasti kejayaan digenggam jua

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Saturday, August 11, 2012

BUAT MU IBU

Manik sayu berlinangan selalu
Bila terkenang wajah mu ibu
Redup pandangan matamu sayu
Bila terpisah sementara waktu

Ku dakap erat tubuh mu ibu
Dapat kurasa keikhlasan dihati mu
Menerima ku seumpama anak mu
Walaupun hanya sekadar waktu

Layanan mu membuat ku terpaku
Teramat istimewa dilayan sebegitu
Mengimbau kembali suatu masa dulu
Kenangan bersama ibu kandung ku

Lambaian perpisahaan menjadi igauanku
Terasa sebak berpisah dengan mu
Namun ku tetap lemparkan senyuman ku
Demi meredakan suasana diketika itu

Kesayuan kasih ku terukir diwajah mu
Menahan sebak perpisahan berlaku
Terpisah sementara entah kapan kan bertemu
Segalanya ku serahkan pada Tuhan yang satu

Wahai Ibu ampunilah daku
Segala kesilapan yang mungkin berlaku
Ku sentiasa doakan kesejahteraan untuk mu
Semoga bertemu lagi dilain waktu

Ingin ku berbakti pada mu Ibu
Walaupun sedikit khusus untuk mu
Bacaan Al Quran hadiah dari ku
Sebagai tanda kasih ku pada mu IBU

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Thursday, August 9, 2012

CINTA ILUSI


Benih yang disemai kini bersemi
Berakar umbi mencengkam kebumi
Dedahan kukuh memuncak tinggi
Dihiasi debunga kembang mewangi

Pepohon kasih sering disirami

Siraman kasih dan sayang terus membasahi
Membuahkan hasil untuk dinikmati
Itulah CINTA yang terbina kini

Indahnya CINTA yang kita jalani

Tersimpul rapi terkunci dihati
Tiada yang mampu memisahkan lagi
CINTA yang terus kekal abadi

Keistimewaan mu tiada ditandingi

Kelembutan suaramu memikat hati
Belaian mesra mu ku terlena kini
Sehingga tak mampu ku tahan lagi

Naluri meronta untuk memiliki

Namun segalanya telah dibatasi
Tak mungkin kau kan ku miliki
Hanya termampu dialam ILUSI

Walaupun ILUSI tetap ku nikmati

Kebahagian terus menguasai diri
Berkat keikhlasan diantara dua hati
Terjalinlah PERCINTAAN yang sungguh SUCI

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++


BAHTERA CINTA


Layarkan lah bahtera cinta
Bersama mu kasih walau seketika
Menuju pelabuhan ciptaan kita
Membawa segala kenangan bersama

Kenangan yang tidak akan dilupa
Melakar sejarah antara kita
Seumpama bagai satu keluarga
Kerukunan bersatu menjadi bahagia

Segala yang terjadi ada hikmahnya
Semunya adalah ketentuan dariNya
Sebagai kurniaan antara kita
Terselit pengajaran kita bersama

Ingatlah....!!!

Segalanya kita lalui bersama
Semuanya adalah indah belaka
Pahit dan maung tiada dirasa
Berkat keikhlasan kita bersama

Masa berlalu tanpa diduga
Tak mampu ditahan itulah ketentuanNya
Terpisahlah semula antara kita
Menjalani kehidupan sedia kala

Yang tinggal kini adalah Rasa
Kebahagian teramat takpernah dirasa
Dihargai disanjung begitu rupa
Tetap dikenang kehujung nyawa

Doa dipohon terus padaNya
Kembalikan dia pada ku semula
Agar mampu hidup bersama
Melayari kebahagian walaupun seketika

++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

Sunday, August 5, 2012

BERAKHIR PERPISAHAN


Deruan ombak yang menghempas
Memukul tepian pantai yang mengganas
Mengubah pantai dan menghakis
Ketentuan alam yang tak mampu ditepis


Sejauh mana berlarinya ombak
Kepantai jua tetap dijejak
Mensucikan segala duri dan onak
Tergurislah pantai menahan sebak


Begitulah perumpamaanya pertemuan
Bermula pertemuan  berakhir perpisahaan
Tetapkan berlaku walau tanpa kerelaan
Bertemu semula sekiranya berkesempatan


Pertemuan singkat memberi kesan
Cukup mendalam tak mampu digambarkan
Diwarnai dengan senda gurauan
Sesekali air mata jatuh berlinangan


Bertemu dengan mu satu keindahan
Mendengar suara mu sungguh mengasyikan
Belaian manja mu amat menyeronokkan
Dakapan mu sungguh menghangatkan


Segala maruah telah ku korbankan
Selama ini tak pernah ku lakukan
Demi kasih ku pada mu teman
Terimalah daku dengan serba kekurangan


Kalaulah aku tidak menepati pilihan
Yang layak bersama mu sebagai teman
Apatah lagi mengisi ruang kekosongan
Namun kenanglah daku dalam ingatan


Sekiranya ada waktu dan kesempatan
Berilah peluang adakan pertemuan
Kan ku tebuskan segala kesilapan
Agar kau mampu memberikan kemaafan


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Saturday, August 4, 2012

GAMBARAN PERASAAN


Kerinduan sering menggamit perasan
Bila kita  berjauh-jauhan
Hanya pesanan  menjadi perhubungan
Meluahkan perasaan dua insan


Acapkali pesanan disampaikan
Tak sabar menanti balasan yang diberikan
Berdegup kencang dada menahan
Terkadang hampa bila tiada jawapan


Balasan mu dirasa bagaikan igauan
Terkadang sayu terkadang menyeramkan
Diteliti setiap bait-bait perkataan
Disitulah menggambarkan apakah perasaan


Kesabaran diperlukan dalam perhubungan
Tanpa kesabaran tiadalah bertahan
Itulah sebenarnya kunci kejayaan
Menguatkan jalinan hubungan percintaan


Berdoalah terus tanpa bosan
Agar Allah peliharakan hubungan insan
Menumpang kasih atas dasar keikhlasan
Semoga berkekalan sepanjang kehidupan


++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

Thursday, August 2, 2012

KEKERINGAN SEPI



Manik syahdu mu mengalir lagi
Mengalir tanpa kau sedari
Bila meluahkan pada kekasih mu ini
Tentang hatimu yang sering dilukai


Perasaan mu tiada yang peduli
Kesepian mu tiada yang mengisi
Kedukaan mu terus dilukai
Oleh mereka yang mementingkan diri


Kemesraan mu tiada yang mengetahui
Kemanjaan mu tidak diterokai
Kau dibiarkan kekeringan sepi
Tanpa dihargai tanpa disayangi


Aku disini setia menanti
Kehadiran mu yang ku sayangi
Membelai mesra sehingga kemati
Itulah janji ku wahai kekasih hati


Pertemuan seketika tetap dikenangi
Bagai tak rela kau berlalu pergi
Namun tak mampu ku menahan mu lagi
Kerana kau sudah pun dimiliki


Perpisahan kita tetap kan terjadi
Walaupun tiada kerelaan dihati
Wajah mu semakin sayup pergi
Tinggallah aku sendirian lagi


Kan ku jalani sisa-sisa hidup ini
Bersama kerinduan mu terus bersemadi
Terpahat terbenam dilubuk hati
Sebagai nikmat kurniaan ILAHI


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Wednesday, August 1, 2012

PEMERGIAN


Kenangan silam bagaikan igauan
Pemergian mu tak dapat ku lupakan
Tersiksa bathin tak mampu ku tahan
Sayu hiba menganggu perasaan


Berbagai cara sudah ku lakukan
Memadamkan segala kenangan silam
Bahagia bersama mu sering ku impikan
Namun segalanya tidak kesampaian


Pemergian mu tanpa pesan
Kembali menghadap kepada Tuhan
Hancur lebur segala impian
Namun ku redha ketentuan MU Tuhan


Didalam keberkatan bulan Ramadhan
Ku panjatkan permohonan pada MU Tuhan
Agar kau sentiasa dalam ketenangan
Walaupun ku tersiksa menanggung kerinduan


Oh Tuhan!!


Berilah aku segala kekuatan
Dalam menghadapi segala dugaan
Menjalani kehidupan keseorangan
Tukarkanlah kedukaan ku pada kebahagian


Ku bermohon pada mu Tuhan
Kembalikan semula segala keceriaan
Bersinar semula cahaya kebahagian
Menerangi hidupku sepanjang zaman


Kebahagian pasti kan kelihatan
Berkat keyakkinan pada mu Tuhan
Segala kehidupan ku KAU yang tadbirkan
Seperti yang ternyata dalam Al Quran


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++