Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Tuesday, August 14, 2012
USIA DUNIA
Waktu dan ketika kan menjelang jua
Tak mampu ditangguh walaupun seketika
Saban waktu menghitung usia
Meninggalkan yang lalu menanti yang bakal tiba
Selamat tinggal usia dunia
Hanya terukir pada angka
Kudrat terbatas adalah ketentuan Nya
Namun bersyukur diberi lagi rasa
Usia yang berlalu banyak yang tersia
Berhayal seketika keseronokkan dunia
Sehingga terlupa apakah tujuannya
Kehadiran diriku dimuka dunia
Amanah yang dipikul hampir terlupa
Sebagai khalifah dimuka dunia
Menjunjung kalimah perjanjian dengan Nya
Diserahkan kembali bertemu pada Nya
Doa sentiasa ku pohon pada Nya
Peliharalah diriku dari kemusnahan dunia
Tak mampu ku tempuh tanpa izin Nya
Kerana aku hamba yang Hina
Aku adalah hamba yang hina
Kotor dari dosa dan noda
Keampunan ku pohon hanya pada Nya
Semoga terampun segala dosa dan noda
Bersyukur aku tidak terhingga
Diberi lagi kenikmatan usia
Sebagai tanda kasih DIA pada hamba Nya
Untuk memperbaiki amalan pada Nya
Cabaran mendatang ku gagahi jua
Tanpa mengira apakah bentuknya
Kesabaran dan berusaha adalah kunci segalanya.
Pasti kejayaan digenggam jua
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment