Wednesday, August 1, 2012

PEMERGIAN


Kenangan silam bagaikan igauan
Pemergian mu tak dapat ku lupakan
Tersiksa bathin tak mampu ku tahan
Sayu hiba menganggu perasaan


Berbagai cara sudah ku lakukan
Memadamkan segala kenangan silam
Bahagia bersama mu sering ku impikan
Namun segalanya tidak kesampaian


Pemergian mu tanpa pesan
Kembali menghadap kepada Tuhan
Hancur lebur segala impian
Namun ku redha ketentuan MU Tuhan


Didalam keberkatan bulan Ramadhan
Ku panjatkan permohonan pada MU Tuhan
Agar kau sentiasa dalam ketenangan
Walaupun ku tersiksa menanggung kerinduan


Oh Tuhan!!


Berilah aku segala kekuatan
Dalam menghadapi segala dugaan
Menjalani kehidupan keseorangan
Tukarkanlah kedukaan ku pada kebahagian


Ku bermohon pada mu Tuhan
Kembalikan semula segala keceriaan
Bersinar semula cahaya kebahagian
Menerangi hidupku sepanjang zaman


Kebahagian pasti kan kelihatan
Berkat keyakkinan pada mu Tuhan
Segala kehidupan ku KAU yang tadbirkan
Seperti yang ternyata dalam Al Quran


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

10 comments:

  1. Yg pergi biarkan pergi , jgn sesekali padamkan segala kenangan yg ada, kerana itu semua yg menguatkan semangat yg hampir mati. Tanamkan ia dihati walaupun jasad tiada lg bersama. Bersamamu adalah suatu keindahan yg tak dapat digambarkan Dan ianya kan abadi selamanya. (Dido....RAB)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Seketika bersama terasa bahagia
    Manakan mungkin akan dilupa
    Dalam jiwa sering meronta-ronta
    Hidup bersama kehujung nyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau si dia cuma pinjaman seketika..
      redhakanlah pemergiannya..
      biarkanlah dia tenang di alam sana..
      kuburkanlah dirinya buat selamanya..
      kerna ku takut dirimu semakin kecewa..

      Delete
  4. Puisi ku ini bicara hati
    Lahir dari kerendahan diri
    Disusun indah untuk ditatapi
    Pada Sang Idaman Kekasih Hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. whai abah yang disayangi.
      siapakah sang idaman kekasih hati??
      Sudah lama ku tercari-cari..
      Dimanakah abah sembunyiii??

      Delete
  5. Usahlah dirisau usahlah dicari
    Biarkan ia terus tersembunyi
    Sampai masanya munculah nanti
    Masa dan ketika Allah saja yang ketahui

    ReplyDelete
  6. bukan niat tuk risau dan mencari..
    tapi hajat hanyalah ingin mengenali..
    sampai kapankah kami akan menanti..
    takut kempunan tuk berkenalan nanti..

    Kepada duyung yang abahku sayangi..
    jika terbaca jangan tersenyum sendiri..
    kalu boleh kenalkan diri..
    buat kami yang abah sayangi..

    Akan ditunggu hingga duyung abah muncul...wakakakaka

    ReplyDelete
  7. Duyung tetap tersimpan rapi
    Dialam nyata ataupun Ilusi
    Biarlah menjadi kisah misteri
    Tersimpan kemas didalam hati

    ReplyDelete
  8. kuatnya ikatan si empunya diri..
    hingga nak bawa sampai ke mati..
    akan ku cari siapakah c duyung ini
    biar sampai terungkap cerita ini...

    ReplyDelete