Kelopak kuntuman berderai berguguran
Berguguran terkulai dibawah jambangan
Tiada disangka tak mampu ditahan
Yang tinggal hanyalah hiba kesedihan
Kesedihan semalam bukanlah gurauan
Parah terluka akibat tikaman
Tikaman yang datang dari dalaman
Tiada tersedar rebah kelemahan
Ditatang penuh dengan kelembutan
Dijaga dengan penuh kesayangan
Namun dibalas dengan tikaman
Merana sehingga dipenghujung kehidupan
Merangkak berdiri mengembalikan keyakkinan
Untuk meneruskan sisa kehidupan
Yang tercemar mampukah dikembalikan
Biarlah Allah saja yang menentukan
Kesabaran yang ada masih bertahan
Dalam menempuh segala dugaan
Kepercayaan dahulu berderai bertaburan
Tak mungkin lagi dapat dikembalikan
Kasih yang diberi disia-siakan
Manisan ditaburi cuka dibalaskan
Inilah lumrah rencah kehidupan
Sekiranya lemah merana lah badan
Doa dipohon pada mu Tuhan
Hilangkanlah derita kembalikan keceriaan
Padamkan ingatan tentang kedukaan
Semoga tenang menghadapi hari kemudian
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
No comments:
Post a Comment