Saturday, August 30, 2014

KEMBALI

Jari jemari kian terhenti
Tak mampu lagi menari-menari
Melakar indah bait-bait puisi
Bagaikan ilham kian mati

Kembalilah wahai jari jemari
Terjemahkan kembali suara hati
Agar menjadi rangkaian puisi...

Tersusun indah untuk dinikmati

Ku seru ilham disegenap inci
Menjelma kembali usah menyepi
Menjadi santapan jiwa nurani
Agar bisa terhibur lagi

++++Nukilan Rasa:Kasih Dihujung Nyawa++++

Saturday, March 1, 2014

PEJUANG

Berasal dari bergelumang longkang
Merangkak mencari jalan pulang
Allah pertemukan dengan seseorang
Memimpin kembali kejalan pulang

Dari kegelapan kepada terang
Dididik diasuh dengan tenang
Itulah tugas "Ahli Pejuang"

Membimbing umat kembali pulang

Al quran dan sunnah tetap dijulang
Itulah "Bai'ah" ahli perjuang
Usah gundah gelombang yang datang
Tempuh lah walaupun nyawa melayang

Kalimah syahadah panji pejuang
Kibarkan ia diwaktu "Perang"
Keluar "berperang" tak mahu pulang
Biar terkorban di medan "Perang"

++++Nukilan rasa:Kasih dihujung nyawa++++

Friday, February 28, 2014

WASIAT TERAKHIR

Tiada harta untuk ditinggalkan
Kerana bimbang menjadi rebutan
Yang ada hanya senaskah Al quran
Sebagai teman dalam kehidupan

Andai terpisah nyawa dan badan
Dialam barzakh tempat persinggahan
Al quran hadir sebagai teman...

Sementara menanti hari perhitungan

Sebesar zarah tetap dinilai kan
Sama ada kejahatan atau kebaikkan
Tiada sesiapa memberi pertolongan
Syafaat al quran Allah kurniakan

Dengarlah wahai waris terkemudian
Inilah saja yang mampu ku tinggalkan
Selagi diberi nikmat pernafasan dan penglihatan
Jadikan lah ia teman pertuturan

Pemergian ku usahlah diratapkan
Sambutlah dengan bacaan al quran
Ingatlah ini satu permintaan
Pesankan lah pada waris terkemudian

++++Nukilan rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Sunday, January 19, 2014

KEHILANGAN

Bukan keluhan ataupun sesalan
Hanya sedikit rasa terkilan
Segala kasih sudah dicurahkan
Namun ini kah sebagai balasan

Di hujung kehidupan tidak ku harapkan
Aku kan tetap bersendirian
Sudah dijangka menjadi kenyataan

Diri ku sudah membuat persiapan

Selagi aku masih kau perlukan
Tetap ku laksanakan segala keperluan
Itulah amanah dari Tuhan
Wajib dilaksanakan tanpa keluhan

Ku gadai maruah kerana keperluan
Demi kebahagian mu dihari kemudian
Segalanya tak pernah aku luahkan
Demi kesejahteraan mu sepanjang zaman

Terguris hati biarlah dirahsiakan
Jika diluahkan pasti terkilan
Andai ku kembali pada Tuhan
Pasti kau rasa satu kehilangan

++++Nukilan Rasa Kasih Dihujung Nyawa++++