Saturday, March 31, 2012

MANIK- MANIK SYAHDU


Permata Hati Ku
Ku cuba ubati luka dihati mu
Dengan balutan kasih ku
Walaupun ku cuba semampu ku
Namun terkadang aku tersalah laku
Menambahkan lagi  kedukaan dihati mu

Berguguranlah manik-manik syahdu
Membasahi pipi mu nan gebu
Kan ku kutip menjadi kalongan ku
Untuk menghiasi leher ku
Agar bisa sentiasa bersama ku
Sebagai tanda kasihku pada mu

Luahkanlah segala penderitaan mu
Biar terurai apa yang terbuku
Dibenak pemikiran yang bercelaru
Agar ku bisa memperbaiki kesalahan ku
Semoga kasih kita kan utuh bersatu

Duhai Permata hatiku

Percayalah..............
Allah sentiasa mahu aku bersama mu
Menjalin hubungan kasih dan sayang 
Sampai bila?...biarlah Allah yang menentukan

Dihujung waktu kehidupan ini
Marilah kita menikmati keindahanya Kasih
Biarpun tersiksa jiwa
Namun tetap kita lalui jua
Biarpun ribut melanda
Kita layarkan jua bahtera kasih 
Agar mampu terus maju
Menuju destinasi yang satu
Kekal Abadi bersemadi buat selama-lamanya...

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Friday, March 30, 2012

AKU dan DIA



Jarak tiada BERANTARA.
Terlalu HAMPIR sehingga tak TERASA.
Jika"TERPISAH" rosaklah binasa.
Itulah antara AKU dan DIA...

Siapalah AKU tanpa MU. 
Jasad beku terkaku begitu.
Tiada bergerak TANPA izin MU. 
Segala kehidupan DIATUR oleh MU.

Tiada MENGELUH diatas cobaan MU.
Bersyukurlah selalu walau apa pun BERLAKU.
Itulah yang perlu diucapkan selalu.
Baharulah dikatakan BERIMAN pada MU.

Qada dan Qadar adalah ketentuan MU. 
Tiada berubah walau apa pun berlaku
Yang mampu hanya BERDOA pada MU.
Itulah PESANAN Nabi junjungan KU.
 
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Thursday, March 29, 2012

KEMBALI TERJALIN


Doa ku panjatkan pada MU Tuhan,
Kembalikan semula jalinan persahabatan,
Semoga terjalin kekal berpanjangan,
Dibawah lindungan Mu wahai Tuhan,

Terpisah sementara terasa tersiksa,
Tak mampu diucap dengan kata-kata,
Terus membisu seribu bahasa,
Namun hati tetap berbicara,
Hanya difahami bagi yang merasa,

Bicara hati ku ini dapat dirasa,
Kembalilah Ia menjalinkan semula,
Segala yang terguris sudah dilupa,
Gembiralah hati, hilanglah segala duka,

Inilah yang dikatakan CINTA,
Terasa seksa bila kau tiada,
Bergetar hati bila kau menyapa,
Menusuk kalbu bila kau bersuara,
Lemah longlai bila kau bermanja-manja,

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

DI HUJUNG JARI



Dihujung jari bermula perkenalan,
Pertemuan antara dua insan,
Bermula dengan gurau- gurauan,
Terikat pula perhubungan persahabatan,
Tak mungkin dilupakan disepanjang kehidupan,

Segala kenangan disimpan rapi,
Disudut hati yang kian sepi,
Ditinggalkan oleh Permata Hati,
Menghilangkan diri tanpa diketahui,
Sehingga kini ku tercari-cari,
Apakah punca perkara ini terjadi,

Harapan bersua Si Permata Hati,
Tak tercapai sehingga kini,
Tinggallah harapan terkubur dihati,
Kekal bersemadi meranalah diri,
Disepanjang dikehidupan ini,

Inilah kasih dihujung jari,
Amat mudah datang dan pergi,
Walau disayangi namun tak mampu dihalangi,
Terpaksa merelakan walau menderita dihati,
Tetap Ku harungi dengan ketabahan dihati,

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++


Tuesday, March 27, 2012

SELAGI ADA PERASAAN



Selagi adanya perasaan,
Selagi itulah adanya kerinduan,
Menjenguk hati tanpa bosan,
Mengingati Mu yang sedang berjauhan,

Walaupun kau hanya mampu dipandang,
Memiliki mu adalah sesuatu terlarang,
Namun tetap terasa ingin menumpang,
Kasih dan sayang walaupun terhalang,

Entah mengapa adanya perasaan,
Sehingga kini tak mampu di huraikan,
Apakah ini namanya dugaan,
Atau mungkinkan namanya Kurniaan,

Setiap pertemuan mestilah ada kesudahan,
Bagaimana kah akhirnya masih tiada jawapan,
Sama-samalah kita menjaga hubungan,
Semoga Allah memberi kerestuan,
Berkekalan berkasih sayang sesama INSAN..

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Sunday, March 25, 2012

PERMATA HATI


Dikeheningan malam yang sunyi,
Mengelamun jauh duduk bersendiri,
Terkenangkan wahai si Permata Hati,
Yang sekian lama sepi menyendiri,

Tersenyum sendiri bila mengingati,
Segala kenangan indah yang dilalui,
Disepanjang perkenalan kita disini,
Tak mungkin dilupai sama sekali,

Gurauan bersama masih ku rasai,
Terhiburlah hati sepanjang hari,
Usik mengusik sering terjadi,
Itulah kebahagiaan yang kita kecapi,

Kini semuanya telah beransur pergi,
Peluang berkomunikasi sudah dibatasi,
Namun ingatan pada mu tetap dihati,
Kerana kaulah  SI PERMATA HATI...

++++ Nukilan Rasa: Kasi di Hujung Nyawa++++




Saturday, March 24, 2012

TAK KESAMPAIAN


Keletihan badan seharian dilautan,
Mencari rezeki untuk santapan,
Menahan dahaga dan juga kelaparan,
Kerana inginkan makan hasil tangkapan,

Keinginan menjulang bertukar kekecewaan,
Segala yang di idamkan tidak kesampaian,
Alangkah pilunya melayanglah keinginan,
Disebabkan ramuan sudah kehabisan,

Remuk redam hati melara,
Apa yang dihajati akhirnya kecewa,
Bawalah diri kemana saja,
Agar terlepas lapar dan dahaga,

Terkadang terasa diri tiada berharga,
Keujudan ini sudah hampir tiada,
Keutamaan yang berhak sudah dilupa,
Malahan haiwan peliharaan lebih mulia kedudukannya,

Kehidupan yang begini harus ku tempuhi,
Sehingga dipengakhiran hujung nyawa ku ini,
Semoga Allah kekalkan kesabaran dihati,
Menerima segala ANUGERAH kurniaan ILAHI,

++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

UMPAMA SURIA


Kehadiran mu sentiasa di nanti-nantikan,
Membawa sinar pengharapan bahagia,
Terasa girang Alam yang kegelapan,
Menyambut kehadiran wahai Sang Suria,

Sekawanan camar menceriakan suasana,
Menyambut kehadiran mu dengan setia,
Mendendangkan lagu-lagu gembira,
Yang tak mampu dicungkil apakah rahsia,

Begitulah perumpamaanya kau disisi,
Hadir menceriakan suasana yang sunyi,
Dihujung nyawa kehidupan ini,
Terasa hidup ini masih lagi dihargai,

Walaupun perkenalan  hanya disini,
Tetapi bagaikan rasa kau disisi,
Menemani ku menukilkan puisi,
Dengan gurauan mu yang tak kering gusi.

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Friday, March 23, 2012

KAU MUNGKIRI


Kesunyian membawa seribu erti,
Menatap keindahan Alam semulajadi,
Menghubungkan Insan pada Ilahi,
Agar sentiasa puji memuji,

Mengapakah sering terlupa diri,
Siapakah yang berhak untuk dipuji,
Apakah kau tak sedar diri,
Tujuan penciptaan mu dimuka bumi,

Mengapakah kau mungkiri janji,
Setelah kau hadir dimuka bumi,
Dek terpesona khayalan duniawi,
Pasti KU tuntut bila kau kembali nanti,

KU turunkan para Nabi kemuka bumi,
Untuk menunjuki mu jalan kembali,
Janganlah kau masih mengingkari,
Ikutilah dia pasti kau selamat kembali.

++++ Nukilan Rasa : Kasih Dihujung Nyawa++++

Thursday, March 22, 2012

BERKIAS BERALAS


Indah bicara susunan kata,
Sedap didengar meresap dijiwa,
Tenanglah hati bila menghayatinya,
Inilah keindahan seni bahasa,

Madah dicipta ada tujuannya,
Tersembunyi pengajaran dan jua luahan,
Inilah cara yang paling berkesan,
Menyampaikan maksud secara bersopan,

Berkias dan beralas cara menyampai,
Hasrat dituju pada yang di Idamkan,
Semoga faham apa yang dimaksudkan,
Terlerailah sudah kehendak SI PENYAMPAI..

Begitulah cara kita meluahkan,
Penuh berhemah dan jua kelembutan,
Tiada lah tersinggung pada perasaan,
Apatah lagi mendatangkan kemarahan,

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

DISEBALIK DUGAAN


Usah dirisau usah di ragu,
Segalanya mampu aku hadapi,
Tumpukanlah sepenuhnya pada diri mu,
Diri ku sentiasa Allah lindungi.

Tidak pernah ku sesali apa yg terjadi,
Semuanya ini ketentuan Ilahi,
Hadapilah semuanya dgn tenang hati,
Pasti dapat hikmah nya nanti,

Semakin ku hampiri semakin tinggi dugaan,
Aku percaya ini merupakan satu kenikmatan,
Untuk meningkatkan tahap keimanan,
Disebalik dugaan yang AlLah berikan,

Ini lah kata yg perlu diulangi,
Tanda mensyukuri IMAN dihati,
Barulah yakkin KEKUASAAN ILAHI,
Semoga terlepas dari SYRIK KAHFI,

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

HADIRNYA KAMU


Senda gurau mu terkadang rasa seram,
Kenakalan mu membuat ku lintang pukang,
Tapi menceriakan suasana yang suram,
Terhiburlah hati bukan kepalang,

Pertemuan kita tak pernah difikirkan,
Daripada gurauan menjadi rakan,
Semakin arkab terjalinlah hubungan kekeluargaan,
Itulah hikmahnya disebalik perkenalan,

Ku angkat mu menjadi puteri-puteri  ku,
Ku curahkan kasih seberapa yang mampu,
Sebagai hadiah antara aku dan kamu,
Semoga kan berkekalan ke hujung nyawa ku,

Wahai anak-anak angkat ku,
Andainya aku kembali dahulu,
Kenangkan lah daku dalam setiap doa mu,
Semoga permohonan mu dapat membantu,
Mengadap Rabbul Jalil Tuhan yang Satu....

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Wednesday, March 21, 2012

MAWAR DI JAMBANGAN


Nama Mu seindah Mawar dijambangan,
Menghiasai  disetiap ruang halaman,
Menyejukkan hati mempersonakan pemandangan,
Memandang mu memberikan ketenangan,
Sehingga terbitlah segala rasa kecintaan,

Pertemuan yang hanya kebetulan,
Hanya berlaku pada satu teguran,
Berbalas madah dalam ucapan,
Menjadi Arkab sebagai teman,
Terbukalah hati menghulurkan bantuan,

Menawarkan bantuan mengikut kemampuan,
Walaupun sedikit namun dengan keikhlasan,
Dengan harapan pada MU Tuhan,
Kurniakanlah IA segala kesejahteraan,
Dalam mengharungi rencak kehidupan,

Biarlah peristiwa  silam menjadi kenangan,
Sebagai azimat meneruskan perjuangan,
Menempuh segala badai dan taufan,
Yang sentiasa datang tanpa bosan,
Kan ku pastikan kau mencapai kemenangan,

Kehadiran ku usahlah kau hiraukan,
Kerana itu adalah ketentuan Tuhan,
Yang sentiasa menemukan pada yang memerlukan,
Bagi membantu meningkatkan kekuatan,
Sehingga kau rasakan bertapa indahnya IMAN,

++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

Tuesday, March 20, 2012

DUKA PERASAAN


Bila pemandangan tak menghiraukan,
Tiada terperasan indahnya ciptaan,
Terlupalah hubungan sesama Insan,
Terlerai lah kasih berdukalah perasaan,

Tertutup segala pintu pengharapan,
Berderailah harapan bertabur-taburan,
Mampukah dikumpul untuk disatukan,
Sehingga kini tiada jawapan,

Terkunci pancaindera terkulailah badan..
Jasad kembali bersama harapan..
Terkubur bersemadi bersama kekecewaan..
Tinggal lah harapan yang tak kesampaian... 

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++

KALAM SUCI


Kerinduan mengajar menjenguk hati...
Seolah-olah kedengaran suara mereka mengaji...
Mengalunkan irama kalimah suci..
Yang sudah seminggu tak kedengaran lagi.

Bacaan al-Quran adalah seni..
Makraj dan sifat mestilah difahami..
Barulah seronok kita mengaji..
Semoga mendapat pengajaran dihati..

Kecintaan ku pada mu hai kalam suci..
Bila mendengar tenanglah hati..
Matilah sifat riak dan ingin dipuji..
Ini lah obat penyakit hati.

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++

KERINDUAN KU


Kerinduan ku memuncak-muncak..
Padamu wahai sang Ombak..
Lambungan mu yang mengelodak.
Melenakan ku dalam buaian yang mengasyik.

Ku rindukan ketenangan lautan...
Tempat ku melepaskan segala kedukaan..
Disanalah ku menerokai rahsia Alam..
Menghayati hubungan antara Alam dan Insan.
Terpancarlah ilham yg boleh dinukilkan.

Pada mu lah sumber segala inspirasi .
Mencoretkan bait2 indah untuk dihayati..
Menghangatkan lagi hubungan insani..
Semoga kekal abadi di sanubari..

++++Nukilan rasa: Kasih Dihujung Nyawa+++

HIKMAH DISEBALIKNYA


Janganlah terburu2 kita mencela..
Apa yg berlaku mengikut nafsu saja..
Renungkanlah mengikut IMAN didada..
Baru terjawab segala rahsia.. 

Setiap yg terjadi ada Hikmahnya...
Itu lah pegangan jangan lah leka..
Segalanya telah terbukti dengan nyata.
Hubungan yg retak pulih semula..

Inilah janji yang Maha Esa...
Pada sesiapa yg menghayatinya...
Indah sungguh segala pentadbiran NYA...
Tiada yg cela malah semuanya terbaik belaka.

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

MENAGIH KASIH


Berdiri aku sebagai perindu.. 
Menagih Kasih yang ada padamu. 
Berilah peluang sekadar yg mampu.. 
Agar ku bahagia dihujung nyawaku.. 

Walaupun kita tak pernah bertemu..
Apatah lagi untuk miliki mu..
Ku tetap bahagia bila bersama mu..
Di Alam maya kasih bermadu.

Ku rayu pada mu wahai kasih ku..
Usah dibiarkan aku tertunggu- tunggu..
Kemerduan suara mu menusuk kalbu..
Membuatkan aku terindu-rindu..

Harapan ku pada mu hanyalah satu..
Janganlah kau tinggal daku.
Bersendirian ku tanpa kasih mu..
Longlailah aku terkulailah layu..

+++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++ 

BERPISAH JANGAN



Usah dirayu untuk dipercayai,
Apatah lagi memohon simpati,
Biarkanlah mereka menyalah erti,
Suatu hari kan terbuktilah nanti,

Tiada niat ku mengambil kesempatan,
Diatas segala perhubungan persahabatan,
Jangan sesekali putuskan persahabatan,
Kerana itulah pesanan Junjungan,

Tujuan persahabatan mestilah disasarkan ,
Bukannya nafsu dijadikan sandaran,
Utamakan Agamanya adalah pegangan,
InsyaAllah!! ianya akan berkekalan,

Segala khilaf dalam persahabatan,
Hendaklah disegerakan mohon keampunan,
Itulah dia ajaran Junjungan,
Barulah hidup sentiasa Aman.

++++Nukilan Rasa:Kasih Dihijung Nyawa++++

MENUMPANG DI BAHTERA SENDIRI



Bukan simpati yang ku nanti,
Hanyalah keikhlasan mu yang ku ingini,
Dalam segala gerak dan geri,
Begitu jua dalam memberi,

Aku masih mahu dihargai,
Di hujung Nyawa sebelum ku kembali,
Menemui pada sang Ilahi,
Agar ku tenang disana nanti,

Ku curahkan segala budi dan bakti,
Juga korbankan harga diri,
Demi kebahagian diri mu sendiri,
Tapi kau tidak pandai menghargai,

Hari demi hari ku harus tempuhi,
Segala ranjau onak dan duri,
Terasa diri tidak bererti lagi,
Bagai menunpang di bahtera sendiri,

Ku panjatkan doa pada Mu Ilahi,
Berikan aku kekuatan diri,
Bagi menempuh dugaan ini,
Sebagai satu kurniaan Mu Ilahi,
Agar meningkat KEIMANAN DI HATI.

++++ Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

LINTASAN NALURI


Ku amati segala gerak dan geri,
Begitu jua cara berkomunikasi,
Ku kaji melalui naluri,
Terasa ada sesuatu yang terjadi,

Terkadang kau cuba melarikan diri,
Bila ternampak hadir ku diFb,
Apakah itu tandanya sudah membenci,
Ataupun cuba menjauhkan diri,

Susunan bait mu tak seindah dahulu,
Gurauan manja mu sudah mula layu,
Apakah fikiran mu sudah terbuntu,
Atau mungkin kau ada lagi satu,

Tak perlulah kau buat begitu,
Kan ku terima segala keputusan mu,
Itulah yang terbaik buat ku,
Demi keikhlasan persahabatan kau dan aku,

Diriku usahlah kau ragu,
Kalau kau benar-benar mengenali ku,
Usah disangsi diatas kemesraan ku,
Kerana itulah sifat Azali ku,

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++ 

PERSINGGAHAN


Di situlah tempatnya persinggahan,
Nakhoda bahtera yg kelemasan,
Dihempas keganasan gelombang lautan,
Di sebuah perlayaran bahtera kebahagian,

Persinggahan Nakhoda tak pernah diduga,
Berihat sebentar melegakan keletihan
Ambilah bekalan sebagai keperluan,
Sebagai bekalan meneruskan perjalanan,

Tepersona Nakhoda keindahan Pulau,
Menikmati panorama flora dan fauna
Terlena seketika legalah keletihan,
Terlupa ini hanyalah tempat persinggahan,

Hilang keletihan berlayar lah ia,
Meninggalkan pulau bersama kenangan,
Entah kapan kan kembali semula,
Mengimbau kembali segala kenangan

Pulau tetap teguh disitu,
Setia menanti penuh pengharapan,
Kembalinya Nakhoda melepas rindu,
Mengamit semula segala kemesraan,

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

SAMUDERA CIPTAAN


Indah sungguh ciptaan Mu Tuhan,
Disamudera luas Engkau tunjukkan,
Renungankan lah wahai Si hamba Tuhan,
Ambil lah iktibar sebagai pedoman.

Langit indah berawan-awanan,
Disulami warna yang sungguh menawan,
Itulah seninya ciptaan Mu Tuhan,
Terasa girang hilanglah segala keresahan,

Terasa kerdil diri hamba ini,
Bila berada diatas lautan,
Segalanya bergantung pada Mu ilahi,
Terkadang terlalai bila didaratan. 

++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++

BUNGA LARANGAN


Oh Bunga larangan!

Kelopak mu kembang menawan,
Mekar mewangi ditaman larangan,
Hanya direnung disentuh jangan,
Mudaratlah diri binasalah jambangan,

Menghargimu sebagai kenangan,
Singgah menumpang mengisi ruangan,
Ruangan hati yg sering kesepian,
Terasa tenang walaupun hanya angan-angan,

Teruslah mekar wahai bunga larangan,
Dibelai dan disayangi oleh empunya taman,
Tak rela aku, kalau kau disia-siakan,
Itulah IKRAR ku, wahai bunga larangan,

Oh Bunga Larangan!,

Ku panjatkan doa, pada MU TUHAN,
Mekarkanlah ia sentiasa, didalam jambangan,
Dipuja dan dibelai, oleh empunya taman,
Kekal dihargai sepanjang zaman,

Aku gembira kalau kau bahagia,
Kau tetap ku puja, walau tak memilikinya,
Itulah janji sumpah setia,
Yang tersemat dihati untuk selamanya.

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++ 

PEDIHNYA RINDU


Kesepian sering melanda jiwa,
Terkenangkan mu yang mungkin berduka,
Dek perbuatan ku yang durjana,
Membuatkan hati mu mungkin terluka,
  
Tersiksanya jiwa ku menanggung rindu,
Tak sanggup rasanya untuk ku tunggu,
kapankah aku terlepas rindu,
Pada mu wahai kekasih hati ku, 

Janganlah kau siksa diriku ini,
Sekian lama ku derita tidak dihargai,
Walaupun ku hambakan diriku tiada bererti,
Oleh mereka yg tak mengenang budi,

Namun....

Kehadiran mu dihati sangatlah dihargai,
Hati yang mati bercahaya kembali,
Sehingga ternukil luahan hati,
Tersusun indah menjadi puisi,
Buat mu sayang kekasih hati,

Kalau inilah puisi terakhir ku,
Buat mu kasih jantung hatiku,
Terhenti nafasku matilah tubuh ku,
Simpanlah ia menjadi milik mu,
Bacalah ia terkenanglah kau pada ku..

++++Nukilan Kasih Dihujung Nyawa+++

BIBIT PERTEMUAN


Kasih dan sayang tetap dijunjung
Cinta berputik dengan sendirinya
Kalau sidara sudah disanjung
Pasti merindu sekiranya tiada

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kekasih lama
Carilah yang lain sebagai ganti

Teringin mencari kasih dihati
Tapi sayang tiada yg sudi
Apakah mampu ku temui lagi
Kalau berjumpa pasti ku bawa mati

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja.
Kalau tuan mati dahulu.
Nantikan saya di pintu syurga.

Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api.
Berapa tinggi burung terbang.
Tinggi lagi harapan di hati

Kan ku bawa adinda bersama.
Masuk kesyurga bersama bidadari
Berasmara lah kita setiap hari.
Disitulah tempat kita yg kekal abadi

Madah disusun berselang seli.
Bila membaca tersenyum sendiri
Tak ku sangka akan ku temui
Pada mu wahai kekasih hati

Limau purut letak di pangkal.
Batang selasih condong uratnya.
Hujan ribut dapat kusangkal..
Hati yang kasih apa ubatnya?

Hujan dan ribut dapat dijangka.
Cepatlah berlindung selamatlah jua
Hati yang kasih mudah saja ubatnya
Bisikanlah suara dicuping telinga.

++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++