Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, March 18, 2012
RINDU KU
Sayang ku,
Sinaran suria pagi terbit lagi,
Menyapu pipi sang perindu,
Yang mengelamun sepi,
Menanti kemunculan penawar rindu,
Duduk terkedu sang perindu,
Dipondok usang bertemankan rindu mu,
Tetap membara didalam kalbu,
Bagaikan pantai dahagakan ombak dan bayu,
Sayang ku,
Pengharapan berakhirnya rindu tak mungkin berlaku,
Ia tetap datang dan berlalu,
Itulah kemanisannya cinta kau dan aku,
Ku simpul mati dalam kalbu..
Aku amat merindui Mu!
Aku amat mencintai Mu!
Aku amat mengasihi Mu!
Aku amat menghargai Mu!
Walaupun aku tak bisa memiliki Mu!
++++Nukilan rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment