Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Monday, March 19, 2012
SAMPAH DI LAUTAN PG
Aku di ibaratkan "Sampah" yang di buang lautan PG yang terumbang ambing di bawa arus kehulu dan kehilir yang tiada hala tuju yang "Sebenar". Maha Berkuasa Allah telah menyangkutkan "Sampah" ini di "Jaring seoarang "Hamba Allah" yang pergi menjaring untuk mencari "Rezeki".
"Hamba Allah" ini langsung tidak merasa keciwa walaupun hanya "sampah" yang terlekat dijaringnya lalu mengambilnya seraya berkata: "Dari Jauh ku lihat tompok2 putih di laut seperti "Ikan"...rupa2nya itu adalah "Buih2" Air yang terapung...dan yang tersangkut dijaring ku hanyalah "Sampah"..inilah ketentuan Allah sebagai "REZEKI" Ku..
"SAMPAH" walaupun ianya tidak berharga pada sesetengah Orang tetapi bagi sesetengah orang ianya cukup bernilai bagi yang pandai "Mengoalahnya" dan aka menjadi sesuatu yang berharga....
Ketentuan Allah menjadikan Memancing sebagai Hobi ku rupa2nya mempunyai "rahsia" yang tersendiri....
Suatu hari aku terlihat "Sampah" yang terapung di permukaan air lalu mengambilnya....Bila ku lihat pada "Sampah" tersebut rupa2nya terdapat "Mahluk Kecil" menumpang bernaung disebalik sampah tersebut.
Maha Suci Allah yang memberi pengajaran kepada hambanya..melalui "Peristiwa" itu untuk diambil "Iktibar" dan membuatkan aku lebih bersemangat mendidik "Sampah2" yang sepertiku juga...
Terima kasih ku kepada "Hamba Mu" Tn Hj.Abdul Rahman Mahadi yang telah membimbing ku...Segala kata2 mu 14tahun yang lalu telah terjawab hari ini...
Walaupun "Sampah" di pandang jijik bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya ia juga mungkin menjadi "PENAUNG" bagi segelintir "Mahluk" yang memerlukanya.
"Kejadian Alam Banyak Mengajar Kita" khusus kepada sesetengah Hamba Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment