Sendu hati bagai disayat sembilu
Terhiris halus satu persatu
Jiwa resah jadi tak menentu
Fikiran terus menjadi keliru
Diri kini ditinggal begitu
Ungkapan manis tiada lagi dari mu
Apakah segalanya sudah berlalu
Sedikit - sedikit meninggalkan daku
Terasa sunyi seluruh hidupku
Tanpa kehadiran kerdipan merah mu
Menitipkan pesanan segala rindu mu
Untuk kekasih yang sering menantimu
Kerdipan merah mu berterusan malu
Untuk bertandang menjenguk daku
Seolah sudah tiada erti bagi mu
Atau mungkin melupakan daku
Sendu ku biarkanlah berlalu
Pergi meninggalkan dari pemikiran ku
Ku pujuk sendiri hati yang sayu
Kembali tenang seperti dulu
Bersendirian itulah kegemaran ku
Menikmati puisi- puisi dan lagu
Terlerailah rasa resah dan rindu
Terubatlah kini hati nan sayu
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Tuesday, November 20, 2012
Thursday, November 15, 2012
PERMINTAAN TERAKHIR
Maal Hijrah baru menjelma
Membawa sinar harapan bahagia
Membawa jua cabaran bersama
Semoga berjaya menghadapinya
Setiap yang diberi ada dugaannya
Hadapilah ia dengan rela
Bersabar, berusaha adalah kuncinya
Berdoa pula adalah senjata
Ya Allah!!!
Ampunilah segala noda dan dosa
Hindarilah diri dari bencana
Kurniakan kesihatan pulihkan lah segara
Agar ku mampu berusaha demi keluarga
Pada diriku sudah tiada apa-apa
Segalanya hanyalah milik MU jua
Sampai waktu kembali lah jua
Mengadap mu sebagai hamba
Harta dan keluarga tinggal lah jua
Itu hanyalah tipu dan daya
Kasih dan sayang mereka hanyalah dunia
Hanya kasih MU yang kekal jua
Pada Mu Ilahi ku pohon jua
Tangguhkan umur ku buat sementara
Demi tanggungjawab pada keluarga
Ambil lah aku selepas mereka berjaya.
Itulah saja permintaan hamba
Pada Mu yang Maha Kuasa
Makbulkan lah segala permintaan hamba
Tinggallah dunia menuju bahagia
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Membawa sinar harapan bahagia
Membawa jua cabaran bersama
Semoga berjaya menghadapinya
Setiap yang diberi ada dugaannya
Hadapilah ia dengan rela
Bersabar, berusaha adalah kuncinya
Berdoa pula adalah senjata
Ya Allah!!!
Ampunilah segala noda dan dosa
Hindarilah diri dari bencana
Kurniakan kesihatan pulihkan lah segara
Agar ku mampu berusaha demi keluarga
Pada diriku sudah tiada apa-apa
Segalanya hanyalah milik MU jua
Sampai waktu kembali lah jua
Mengadap mu sebagai hamba
Harta dan keluarga tinggal lah jua
Itu hanyalah tipu dan daya
Kasih dan sayang mereka hanyalah dunia
Hanya kasih MU yang kekal jua
Pada Mu Ilahi ku pohon jua
Tangguhkan umur ku buat sementara
Demi tanggungjawab pada keluarga
Ambil lah aku selepas mereka berjaya.
Itulah saja permintaan hamba
Pada Mu yang Maha Kuasa
Makbulkan lah segala permintaan hamba
Tinggallah dunia menuju bahagia
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Friday, November 2, 2012
KEKASIH HATI
Malam sepi sering menyelubungi
Tiada berteman mengelamun sendiri
Melayang fikiran mengenangkan diri
Menagih kasih yang tiada pasti
Kasih ditagih tiada henti
Merayu memujuk pada yang sudi
Apakah mampu bertemu lagi
Dihujung usia yang sebegini
Layakkah diri untuk dikasihi
Apatah lagi untuk dicintai
Dibelai mesra bagaikan pasangan sejati
Menikmati keindahan bagaikan disyurgawi
Indahnya berkasih tak tergambar kini
Apakah mungkin indah sekali
Ataupun sering rindu - merindui
Mungkinkah sering terlupa hari
Sehingga kini tiada ku pasti
Hari berlalu sudahlah pasti
Meninggalkan lamunan berlalu pergi
Namun ku masih mengharap lagi
Akan bertemu kekasih hati
Janji ku pada langit dan bumi
Sebagai saksi yang teguh berdiri
Kan ku berusaha terus mencari
INSAN yang dinamakan KEKASIH HATI
++++Nukilan Rasa :Kasih Di Hujung Nyawa++++
Tiada berteman mengelamun sendiri
Melayang fikiran mengenangkan diri
Menagih kasih yang tiada pasti
Kasih ditagih tiada henti
Merayu memujuk pada yang sudi
Apakah mampu bertemu lagi
Dihujung usia yang sebegini
Layakkah diri untuk dikasihi
Apatah lagi untuk dicintai
Dibelai mesra bagaikan pasangan sejati
Menikmati keindahan bagaikan disyurgawi
Indahnya berkasih tak tergambar kini
Apakah mungkin indah sekali
Ataupun sering rindu - merindui
Mungkinkah sering terlupa hari
Sehingga kini tiada ku pasti
Hari berlalu sudahlah pasti
Meninggalkan lamunan berlalu pergi
Namun ku masih mengharap lagi
Akan bertemu kekasih hati
Janji ku pada langit dan bumi
Sebagai saksi yang teguh berdiri
Kan ku berusaha terus mencari
INSAN yang dinamakan KEKASIH HATI
++++Nukilan Rasa :Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Posts (Atom)