Thursday, November 15, 2012

PERMINTAAN TERAKHIR

Maal Hijrah baru menjelma
Membawa sinar harapan bahagia
Membawa jua cabaran bersama
Semoga berjaya menghadapinya

Setiap yang diberi ada dugaannya
Hadapilah ia dengan rela
Bersabar, berusaha adalah kuncinya
Berdoa pula adalah senjata

Ya Allah!!!

Ampunilah segala noda dan dosa
Hindarilah diri dari bencana
Kurniakan kesihatan pulihkan lah segara
Agar ku mampu berusaha demi keluarga

Pada diriku sudah tiada apa-apa
Segalanya hanyalah milik MU jua
Sampai waktu kembali lah jua
Mengadap mu sebagai hamba

Harta dan keluarga tinggal lah jua
Itu hanyalah tipu dan daya
Kasih dan sayang mereka hanyalah dunia
Hanya kasih MU yang kekal jua

Pada Mu Ilahi ku pohon jua
Tangguhkan umur ku buat sementara

Demi tanggungjawab pada keluarga
Ambil lah aku selepas mereka berjaya.

Itulah saja permintaan hamba

Pada Mu yang Maha Kuasa
Makbulkan lah segala permintaan hamba
Tinggallah dunia menuju bahagia

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

No comments:

Post a Comment