Friday, June 29, 2012

WADAH KASIH

Ingin ku bisikan rindu pada mu
Wahai sayang permata hati ku
Yang selalu ku rindu-rindu
Tidak sesekali ku rasa jemu


Tika ini kau masih membisu
Dek terlenanya diperaduan mu
Keletihan melayan segala kerenah ku
Yang ingin selalu bersama mu


Semakin hari menebal kasih ku
Cuba ku bendung namun tak mampu
Ku tekadkan niat terus bersama mu
Walau sehingga hujung nyawa ku


Tiap kali teringat pada mu
Pasti ternukil puisi ku untuk mu
Sebagai wadah menyatakan kasih ku
Pada mu wahai permata hati ku


Antara kita tiada batas waktu
Malam dan siang jadi tak menentu
Malam mu adalah menjadi siang ku
Siang mu adalah menjadi malam ku


Inilah kasih dihujung nyawa ku
Jasad bercerai namun batin bersatu
Menjalin perhubungan dengan restu
Semoga terpelihara kasih berpadu


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++






Thursday, June 28, 2012

TERTUTUP PINTU KASIH


Sudah ku cabut perasaan rajuk dihati 
Pada mu wahai permata hati 
Telah ku padamkan rasa cemburu
Kerana aku terlalu sayang pada mu


Ku serahkan jiwa dan raga ku
Untuk kau terus bertahta dihati ku
Telah ku tutup pintu kasih ku
Pada yang ingin menduga hati ku


Acapkali dugaan yang dihadapi
Akan di tempuhi dengan tenang hati
Biar manapun rajuk mu permata hati
Kan ku pujuk mu dengan cara tersendiri


Selagi masih ada ruang yang diberi
Tidak akan dipersiakan sama sekali
Rayuan demi rayuan kan terus diberi
Sehingga kau merasa simpati


Atas penyaksian langit dan bumi
Menyaksikan indahnya kasih yg bersemi
Bersatu bersemadi antara dua hati
Kan terus kekal dan abadi


++++Nukilan Kasih: Di Hujung Nyawa++++

Sunday, June 24, 2012

UMPAMA NADI


Suria pagi kembali lagi
Memancarkan sinaran menerangi bumi
Menyinarkan harapan pada penghuni
Disetiap pelusuk didunia ini


Begitulah perumpaan kehidupan ini
Kegembiraan terasa didalam hati
Pabila kerdipan merah mu muncul lagi
Yang ditunggu-tunggu selama ini


Kerdipan merah mu umpama nadi
Mengerakkan segala tubuh ku ini
Mengawal pergerakkan jari jemari
Sehingga ternukil bait- bait puisi


Nukilan puisi curahan hati
Disusun indah untuk mu permata hati
Yang amat disayangi lagi dirindui
Kekal bertahta di lubuk hati


Rindu dan dendam terubatlah nanti
Pabila bisikan suara mu dapat didengari
Pasti mengalir manik-manik suci
Mengambarkan kerinduan terlerai kini


Begitu hebat kerinduan ini
Tiada bandingannya didunia ini
Seisi alam tak mampu menandingi
Kehebatan KERINDUAN pada mu Permata Hati.


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Thursday, June 21, 2012

MENANTI KEPULANGAN


Berdebar hati tidak karuan
Menantinya hari kepulangan
Terpisah sementara tanpa pesanan
Ternanti-nanti dalam kerinduan

Terpisah seketika tiada ku tahan
Terus mengelamun terbatas pemikiran
Segala perbuatan tak tentu haluan
Apakah sama yang kau rasakan


Penantian ini adalah penyiksaan
Kan terlerai bila dipertemukan
Bilakah masanya menjadi igauan
Semoga igauan kan jadi kenyataan


Pertemuan nanti kan jadi kenangan
Menjadi sejarah antara dua insan
Perpisahannya nanti tanpa kerelaan
Namun terpaksa menerima kenyataan


Ini lah kasih antara dua lautan
Jasad terpisah tak mampu disatukan
Batin sentiasa merindu-rinduan
Siang dan malam tiada perbezaan


Kasih dan sayang kurniaan tuhan
Hadir dihati pada dua insan
Menjalin kasih berasaskan kejujuran
Semoga kekal ke hujung kehidupan


++++Nukilan Rasa: Kasih Di hujung Nyawa++++

KASIH TERLERAI


Remuk redam jiwa tersiksa
Kasih yang dibena terlerai jua
Hancur berderai tak mampu dibina
Terkubur kebahagian buat selama-lamanya

Tergamak sungguh kau buat begini
Kau persiakan diri ku tidak dihargai
Segala pengorbanan ku sudah kau lupai
Angkara Si Dia musnahlah kebahagian ku ini


Segala janji mu telah kau mungkiri
Ingin bersama ku sehidup semati
Kini hanya tinggal segala janji
Hilang kepercayaan ku hingga kemati


Usahlah kau rayu pada diri ku ini
Pintu kasih ku tertutup kini
Tak akan ku izinkan kau mengetuk lagi
Kerana ku tak sanggup merana lagi


Hati yang hancur cuba ku ubati
Walaupun bisa tetap ku gagahi
Ku bermohon pada MU wahai Ilahi
Agar ku bisa menapak kembali


Berkat kesabaran itulah kunci
Dalam menghadapi kehidupan ini
Suria kebahagian pasti kan muncul lagi
Itulah harapan ku pada Mu Ya Rabbi....


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Wednesday, June 20, 2012

SI HAMBA PAPA KEDANA


Mendayung sampan mudik ke muara
Sarat muatan buah saga
Hamba tidak layak untuk berbangga
Hanya pujian pada yang MAHA ESA


Itulah dia tugas Si Hamba
Puji memuji pada yang ESA
Ditegah untuk  rasa berbangga
Apatah lagi dipuja-puja


Renunglah diri mu wahai Si Hamba
Tiada apa-apa untuk dibangga
Segalanya diberi secara percuma
Tanpa pemberianNYA kau papa kedana


Bersyukur lah wahai  Si Hamba
Diatas segala pemberian NYA
Hindarkanlah sifat berbangga- bangga
Semoga mendapat Akhlak yang mulia


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Tuesday, June 19, 2012

ANTARA DUA LAUTAN


Mengelamun sendirian dihujung kehidupan
Mengimbau kembali kenangan nan silam
Kedengaran suara mu yang mengasyikan
Membuat ku tersenyum siang dan malam


Dari kejauhan wajah mu kelihatan
Terukir senyuman sungguh menawan
Tersentuh hati bersama kesyahduan
Rasa tak mampu menahan kerinduan


Ketiadaan mu amat dirasakan
Hidup umpama gelora dilautan
Hanya reda bila terlepasnya kerinduan 
Pasti tersenyum disepanjang kehidupan


Hari demi hari tetap ku nantikan
Bertemu dengan mu wahai Sang Idaman
Semoga pertemuan kan jadi kenangan
Yang terindah tak akan dilupakan


Percintaan ini adalah satu kenangan
Tersemat disanubari pada dua insan
Zahir  terpisah antara dua lautan
Namun dihati tetap DISATUKAN


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Sunday, June 17, 2012

SATU CIPTAAN


Kerdipan bintang menghiasi malam
Namun sang bulan belum kelihatan
Terbaring aku menatapi indahnya Alam
Sempurna sungguh ciptaan Tuhan


Zahirnya aku keseorangan tanpa teman.
Itulah tafsiran orang kebanyakkan
Ku bertemankan malaikat kiri dan kanan.
Menjadi saksi segala perbuatan.


Ku menghayati nikmatnya Alam.
Zahir memandang batin merasakan
Hebatnya hubungan hamba dan Alam
Nyatalah semuanya satu ciptaan


Kita semua satu ciptaan
Mengapa ada sifat kebencian
Sedarlah wahai setiap insan
Berkasih sayanglah kita itulah tujuan


Menjalin hubungan sesama insan
Terus bersahabat berpisah jangan
Arkab umpama tubuh dan badan
Semoga mendapat keredhaan Tuhan



++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Friday, June 15, 2012

ESOK KAN KEMBALI


Esok kan pasti kembali lagi
Apakah yang akan terjadi masih tak pasti
Harapan bersua tetap dinanti
Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui


Kenangan silam tak pernah ku lupai
Masih segar untuk diingati
Segala keindahan kita nikmati
Memadu kasih hingga ke mati


Saban waktu menghitung hari
Menanti dikau permata hati
Kemunculan mu sentiasa dirindui
Bertemu dengan mu amatlah dihargai


Keinginan bersama tak mampu dibendung lagi
Entah kapan ianya akan terjadi
Ku bermohon pada Ilahi
Perkenankanlah segala permohonan ini


Esok tetap kan berkunjung lagi
Kehidupan kita masih belum pasti
Namun segalanya tetap ku hargai
Sebagai satu Nikmat kurniaan ILAHI


++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++




Thursday, June 14, 2012

SALAM TERAKHIR


Salam terakhir masih ku dengari
Tanda perpisahan mu tempoh hari
Terpisah sementara kan bertemu kembali
Bila sampai harinya nanti


Pergi mu menyambut seruan Ilahi
Merapak melutut mengadap Ya Rabbi
Memohon keampunan membersihkan diri
Kembali mu sesuci bayi


Kupanjatkan doa buat mu permata hati
Semoga kau mendapat ketenangan dihati
Menunaikan segala hasrat yang dingini
Tercapai lah sudah niat mu selama ini


Siang dan malam ku rasa sepi
Gundah gulana sering menemani
Sesekali mengalir manik-manik suci
Terus berjurai membasahi pipi


Ketiadaan mu ku rasa sunyi
Namun ku tetap setia menanti
Tak pernah berganjak walau seinci
Nama mu tetap terpahat dilubuk hati


++++Nukilan Rasa Kasih Di hujung Nyawa++++

Tuesday, June 12, 2012

KERDIPAN MERAH MU


Seharian tanpa senda dan gurauan 
Kedipan merah mu tiada kelihatan
Membuatkan fikiran ku tak karuan
Menanggung kepedihan seksanya kerinduan


Ku cuba lupakan sementara segala kenangan
Namun masih gagal mengawal perasaan
Berbagai cara telah diusahakan
Namun sehingga kini tiada berkesan


Ku ulangi membaca puisi-puisi kenangan
Terasa kau bersama dalam dakapan
Membuatkan jiwa dalam kehangatan
Dibelai cinta mu diawang-awangan


Indahnya hubungan yang dijalinkan
Berasaskan kesucian berteraskan keikhlasan
Itulah kunci kekuatan perhubungan
Semoga Allah memberi kerestuan


++++Nukilan Rasa Kasih Di Hujung Nyawa++++

Friday, June 8, 2012

SELIMUT RINDU MU


Kehangatan selimut rindumu melenakan aku
Bagaikan bayi dalam dakapan si Ibu
Rebahan tubuh mu dipangkuan ku
Ku rangkul rapi kemas dalam lena ku


Hembusan kencang nafas mu mendayu- dayu
Bagaikan tiupan angin lautan madu
Mengoyangkan dedaunan cinta syahdu
Berguguranlah cinta nan usang bersemadi disitu


Geseran pipi mu nan gebu
Menzahirkan irama yang syahdu
Melayangkan fikiran yang tak menentu
Diawang-awangan kasih bermadu


Indahnya kenangan kau dan aku
Takkan dilupakan sehingga hujung nyawa ku
Biarlah bersemadi aman di hati mu
Kekal tersembunyi tiada yang tahu

++++ Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

Wednesday, June 6, 2012

SELAMAT JALAN


Dikeheningan pagi yang indah
Kicauan kelicap menyanyi lagu mendayu-dayu
Menyambut sang suria yang menerjah
Mengeringkan dedaunan yang semakin layu


Berteleku seorang perindu yang merindu
Merenung jauh kearah lautan yang membisu
Menantinya alunan ombak membawa rindu
Kekasih yang jauh yang ditunggu- tunggu


Kekasih nan jauh sepi membisu
Membisu dan pergi sementara bersama rindu
Pergi sebagai tetamu istimewa MU
Kembali semula bersama wajah yang baharu


Pemergian mu kan ku rasa rindu
Juga ku bekalkan doa dan restu
Semoga dipermudahkan segala urusan mu
Melaksanakan urusan dengan keikhlasan dihati mu


Selamat jalan ku ucapkan pada mu
Yang ditinggalkan usahlah diragu
Tumpukanlah pada urusan mu
Bersualah kembali, itulah harapan ku


Kembali mu kan ku sambut penuh syahdu
Berseri-seri terserlah pada wajah mu 
Bak bidadari syurga yang ditunggu-tunggu
Sebagai anugerah tuhan pada diri mu.


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++