Seolah-olah diri tak dihargai Makanan dan minuman diambil sendiri... Sampaikan ketupat pun dipotong sendiri Anak dan isteri sibuk bersolek diri Utama bungkuskan makanan teman lelaki Ayah dan suami tidak dipeduli Patutlah Allah hadirkan lagi isteri Wahai isteri!! Suami mu ini minta dihargai Diri mu tak pernah ku sia-siakan lagi Ku tatang diri mu sehingga kini Hingga ku sanggup lupakan kepentingan diri Namun seolah-olah kau melupai Ya Allah!! Kalau inilah kurniaan MU Ilahi Aku redha menerimanya dengan tenang hati Itulah yang terbaik buat hamba mu ini Tiada ku tagih kasih dari manusia lagi Hanya pada MU ku berserah diri Wahai Sayang!! Kau simpanlah luahan ku ini Agar menjadi sempadan untuk mu nanti Ku merayu pada mu usahlah kau ulangi Perkara yang sama pada ku nanti Linangan airmata menjadi saksi Yang terjadi tetap kan terjadi Sekiranya ia berulang kembali Nampaknya terpaksalah abang membawa diri Hidup sendirian tiada sesiapa lagi ++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++ |
Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, August 25, 2013
Sunday, August 4, 2013
TERSUSUN JARI JEMARI
Jari disusun tanda menghormati
Memohon ampun kesilapan diri
Selamat menyambut aidil fitri
Buat teman-teman yang ku kasihi
Sebagai rakan dialam maya ini
Mungkin ada yang terguris hati
Atau mungkin menyinggung hati
Dalam komen dan gurauan ku ini
Walaupun kita tak bertemu lagi
Tapi kerap beramah mesra disini
Harapan semuga bertemu nanti
Di hari raya yang mulia ini
Bermaaf-maafan sesama kita nanti
Bersihkan dosa sesama insani
Itulah amalan yang Allah sukai
Jadilah kita islam sejati
~~~ Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Bathin~~~
++++Ikhlas dari: Kasih Dihujung Nyawa++++.
Memohon ampun kesilapan diri
Selamat menyambut aidil fitri
Buat teman-teman yang ku kasihi
Sebagai rakan dialam maya ini
Mungkin ada yang terguris hati
Atau mungkin menyinggung hati
Dalam komen dan gurauan ku ini
Walaupun kita tak bertemu lagi
Tapi kerap beramah mesra disini
Harapan semuga bertemu nanti
Di hari raya yang mulia ini
Bermaaf-maafan sesama kita nanti
Bersihkan dosa sesama insani
Itulah amalan yang Allah sukai
Jadilah kita islam sejati
~~~ Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Bathin~~~
++++Ikhlas dari: Kasih Dihujung Nyawa++++.
ANDAI TERAKHIR
Aidil Fitri kan menjelang tiba
Sayu hati terkenang ayah dan bonda
Mereka pergi buat selama-lamanya
Hilanglah tempat untuk bermesra
Ibu dan bapa tiada galang gantinya
Anak dan isteri pun tiada sama
Kasih sayang mereka tiada batasnya
Mencurahkan kasih selagi bernyawa
Ayah dan bonda tenanglah kau disana
Setelah kembali semula kerahmatNYA
Anakanda pasti kan menyusul pula
Harapan bertemu kalian disana
Kembalinya anakanda entahlah bila
Hanya menanti jemputan dari NYA
Harapan dijemput biarlah sempurna
Sempurna hadir sempurnalah kembalinya
Andai inilah Aidil fitri terakhir buat anakanda
Anakanda menerima dengan seadanya
Yang ditinggalkan usahlah berduka
Kasih dan sayang kita kekal bersama
Al-Fatihah menjadi perhubungan kita
Hadiahkan lah sentiasa usah dilupa
Itulah tanda kasihnya pada mereka
Tiada terputus kekal selama-lamanya
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Sayu hati terkenang ayah dan bonda
Mereka pergi buat selama-lamanya
Hilanglah tempat untuk bermesra
Ibu dan bapa tiada galang gantinya
Anak dan isteri pun tiada sama
Kasih sayang mereka tiada batasnya
Mencurahkan kasih selagi bernyawa
Ayah dan bonda tenanglah kau disana
Setelah kembali semula kerahmatNYA
Anakanda pasti kan menyusul pula
Harapan bertemu kalian disana
Kembalinya anakanda entahlah bila
Hanya menanti jemputan dari NYA
Harapan dijemput biarlah sempurna
Sempurna hadir sempurnalah kembalinya
Andai inilah Aidil fitri terakhir buat anakanda
Anakanda menerima dengan seadanya
Yang ditinggalkan usahlah berduka
Kasih dan sayang kita kekal bersama
Al-Fatihah menjadi perhubungan kita
Hadiahkan lah sentiasa usah dilupa
Itulah tanda kasihnya pada mereka
Tiada terputus kekal selama-lamanya
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Subscribe to:
Posts (Atom)