Sunday, August 25, 2013

DUKA DI HARI RAYA

Bertapa sedih rasa hati
Seolah-olah diri tak dihargai
Makanan dan minuman diambil sendiri...

Sampaikan ketupat pun dipotong sendiri

Anak dan isteri sibuk bersolek diri
Utama bungkuskan makanan teman lelaki
Ayah dan suami tidak dipeduli
Patutlah Allah hadirkan lagi isteri

Wahai isteri!!

Suami mu ini minta dihargai
Diri mu tak pernah ku sia-siakan lagi
Ku tatang diri mu sehingga kini
Hingga ku sanggup lupakan kepentingan diri
Namun seolah-olah kau melupai

Ya Allah!!

Kalau inilah kurniaan MU Ilahi
Aku redha menerimanya dengan tenang hati
Itulah yang terbaik buat hamba mu ini
Tiada ku tagih kasih dari manusia lagi
Hanya pada MU ku berserah diri

Wahai Sayang!!

Kau simpanlah luahan ku ini
Agar menjadi sempadan untuk mu nanti
Ku merayu pada mu usahlah kau ulangi
Perkara yang sama pada ku nanti

Linangan airmata menjadi saksi
Yang terjadi tetap kan terjadi
Sekiranya ia berulang kembali
Nampaknya terpaksalah abang membawa diri
Hidup sendirian tiada sesiapa lagi

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Sunday, August 4, 2013

TERSUSUN JARI JEMARI

Jari disusun tanda menghormati
Memohon ampun kesilapan diri
Selamat menyambut aidil fitri
Buat teman-teman yang ku kasihi

Sebagai rakan dialam maya ini
Mungkin ada yang terguris hati
Atau mungkin menyinggung hati

Dalam komen dan gurauan ku ini

Walaupun kita tak bertemu lagi
Tapi kerap beramah mesra disini
Harapan semuga bertemu nanti
Di hari raya yang mulia ini

Bermaaf-maafan sesama kita nanti
Bersihkan dosa sesama insani
Itulah amalan yang Allah sukai
Jadilah kita islam sejati

~~~ Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Bathin~~~
++++Ikhlas dari: Kasih Dihujung Nyawa++++.

ANDAI TERAKHIR

Aidil Fitri kan menjelang tiba
Sayu hati terkenang ayah dan bonda
Mereka pergi buat selama-lamanya
Hilanglah tempat untuk bermesra

Ibu dan bapa tiada galang gantinya
Anak dan isteri pun tiada sama
Kasih sayang mereka tiada batasnya

Mencurahkan kasih selagi bernyawa

Ayah dan bonda tenanglah kau disana
Setelah kembali semula kerahmatNYA
Anakanda pasti kan menyusul pula
Harapan bertemu kalian disana

Kembalinya anakanda entahlah bila
Hanya menanti jemputan dari NYA
Harapan dijemput biarlah sempurna
Sempurna hadir sempurnalah kembalinya

Andai inilah Aidil fitri terakhir buat anakanda
Anakanda menerima dengan seadanya
Yang ditinggalkan usahlah berduka
Kasih dan sayang kita kekal bersama

Al-Fatihah menjadi perhubungan kita
Hadiahkan lah sentiasa usah dilupa
Itulah tanda kasihnya pada mereka
Tiada terputus kekal selama-lamanya

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Monday, July 29, 2013

IBUNDA TERCINTA

Berkumandang sayu lagu raya
Membuat hati tak tentu hala
Teringat kembali ibunda tercinta
Namun kini ibunda telah tiada

Menjelangnya hari raya
Kunjungan pusara mu menjadi utama
Doa dipohon pada yang ESA

Agar Bonda aman disisNYA

Ampunilah segala dosa anakanda
Sejak kecil hinggalah dewasa
Tanpa keampunan mu tiadalah syurga
Berdosalah anakanda sampai bila-bila

Wahai ibunda yang tercinta
Walaupun kini kau telah tiada
Kasih ku pada mu tiada batasnya
Alfatihah menjadi wadah perhubungan kita

Dibulan ramadahan yang penuh mulia
Roh bonda pasti menziarahi anakanda
Restuilah segala kehidupan anakanda
Tegurlah anakanda sekiranya terleka

++++Nukilan Rasa:Kasih Dihujung Nyawa++++

Sunday, July 14, 2013

BUAT MU SAYANG


Lemah longlai melangkah pulang
Rezeki tak cukup dijadikan santapan
Kehampaan terubat melihat wajah mu sayang
Menyambut kepulangan dengan senyuman

Terharu melihat kesungguhan mu sayang
Sanggup meninggalkan lena semalaman
Hati yang rawan menjadi tenang

Melihat wajah mu yang sungguh menawan

Rezeki dibawa diberi perhatian
Walau sedikit terus disiang
Segera dimasak masakan kegemaran
Dibuat dengan penuh keikhlasan

Oh Tuhan!!!

Bersyukur hamba diatas kurniaan
Hadirkan insan penuh kasih dan sayang
Menjadi teman menjalani kehidupan
Kehidupan sederhana yang sungguh tenang

Layarkan bahtera teruskan perjalanan
Walaupun dilanda gelora yang datang
Hadapilah dengan penuh ketenangan
Kekal kan sifat kasih dan sayang

Ingatlah pesanan ku wahai sayang
Bertolak ansur amat diperlukan
Hormat menghormati kunci kasih dan sayang
Belas ikhsan jadikan amalan

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++.

Saturday, June 29, 2013

ZURIAT

Diantara mereka tiada bezanya
Menerimanya dengan hati terbuka
Harta dunia bukanlah ukurannya
Kasih dan sayang dikongsi seadanya

Kasih dan sayang itulah asasnya
Adunan ramuan yang paling utama
Terlahirlah zuriat melihat dunia
Menjadi harta yang paling berharga

Hargailah mereka mengikut kedudukannya
Usah disia-siakan walaupun sengsara
Masa depannya yang paling diutama
Korbankanlah segala-galanya untuk mereka

Ikatkanlah kasih sekuat-kuatnya
Lindungilah mereka walaupun terkorban nyawa
Usah pisahkan kasih antara mereka
Bahagia mereka adalah matlamatnya

Siapalah kita tanpa mereka
Tiadalah merasa kehebatan kasih sayang NYA
Mereka adalah kurniaan yang tidak terhingga
Tiada bandingannya dengan harta dunia

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa.++++

Thursday, June 20, 2013

WAJAH DISEBALIK AWAN

Dari kejauhan seolah-olah kelihatan
Wajah terselindung disebalik awan
Ingin ku gapai entah kapan
Naluri hati tetap menginginkan

Disana sini hati tak keruan
Gelisah melanda disegenap lapisan
Keinginan memuncak mahukan pertemuan
Melihat wajah disebalik awan

Awan berarak meninggalkan kesan
Wajah terselindung jelas kelihatan
Hati bergetar mula tertawan
Pandangan pertama itulah permulaan

Bait disusun indah menawan
Berbicara lancar tanpa halangan
Mata merenung bersatu pemandangan
Sesekali pemandangan tak mampu bertahan

Mata bagaikan terselindung gambaran
Kisah kehidupan tak mampu ditahan
Tersembunyi kesedihan disebalik senyuman
Digagah jua walaupun kesukaran

Kini pudar kisah kedukaan
Dibaluti kasih yang sering dicurahkan
Disimpul kukuh dengan ikatan
Takkan terurai dirempuh dugaan

Semarakanlah benih-benih kebahagian
Menjadi pepohon kukuh bertahan
Itulah idaman antara dua insan
Kembali bersama itulah pengakhiran

++++ Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa+++






Wednesday, June 19, 2013

TAMAN SYURGAWI

Sentuhan jemari bagaikan berlari
Melakarkan indah bait-bait puisi
Menyampaikan segala hasrat dihati
Yang terus mengalir untuk difahami

Puisi terlakar untuk dihayati
Mempunyai maksud yang tersendiri
Untuk tatapan pada yang mengerti
Sebagai hadiah untuk yang disayangi

Harta dunia tak mampu ku beri
Kekayaan amat jauh sekali
Termampu hanyalah sekelumit rasa mengasihi
Suburkanlah ia menjadi akar umbi

Berakar umbi kasih dihati
Suburkan ia agar teguh berdiri
Disulami bunga kasih mewangi
Bagaikan taman-taman disyurgawi

Taman syurgawi terilham dihati
Impian bersama dihujung hari
Mengikat kasih bersimpul mati
Hayatilah ia selama-lamanya nanti

++++Nukilan Rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++

Saturday, April 20, 2013

WADAH PERHUBUNGAN

Aku tetap tersenyum gembira
Melihat kau bahagia disana
Aku disini tetap berusaha
Demi memenuhi keperluan mu disana

Tiada lain hanya satu ku pinta
Berusaha untuk terus berjaya
Demi kebahagian untuk mu jua
Aku tetap begini saja

Kehidupan ku hanya sementara
Menjalankan amanah diberi dari Nya
Walau getir tetap ditempuh jua
Sampai masa kembalilah pada Nya

Disaat itu usahlah berduka
Terima lah dengan hati terbuka
Alfatihah mu saja yang ku pinta
Sebagai wadah perhubungan kita

++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

Tuesday, March 26, 2013

AIR MATA RINDU

Terkenang aku akan kelembutan mu
Terserlah sifat keibuan pada mu
Membuat aku sering merindu
Ingin sekali ku kucup dahi mu

Dahulu...

Dadaku menjadi tilam mu
Jari jemari ku lembut mengusap tubuh mu
Hembusan nafas mu menjadi melodi syahdu
Terlena kau dalam dakapan ku

Kini aku sering mengingati mu
Dari kejahuan aku memandang mu
Ku pendam rasa syahdu ku
Disebalik tirai malam ku

Ku korban segalanya untuk mu
Demi kejayaan dalam hidup mu
Bagi ku tiada yang lain hanyalah kamu
Kasih ku tiada lain hanya untuk mu

Andai aku mengguriskan perasaan mu
Usahlah kau menghukum aku
Usahlah kau membenci aku
Hanya satu ku pinta dari mu
Hormatilah aku seperti dahulu

Dimalam yang syahdu
Dengan titisan airmata rindu
Ku lakarkan bait-bait buat tatapan mu
Agar kau mengerti perasan ku

++++ Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++