Tuesday, March 26, 2013

AIR MATA RINDU

Terkenang aku akan kelembutan mu
Terserlah sifat keibuan pada mu
Membuat aku sering merindu
Ingin sekali ku kucup dahi mu

Dahulu...

Dadaku menjadi tilam mu
Jari jemari ku lembut mengusap tubuh mu
Hembusan nafas mu menjadi melodi syahdu
Terlena kau dalam dakapan ku

Kini aku sering mengingati mu
Dari kejahuan aku memandang mu
Ku pendam rasa syahdu ku
Disebalik tirai malam ku

Ku korban segalanya untuk mu
Demi kejayaan dalam hidup mu
Bagi ku tiada yang lain hanyalah kamu
Kasih ku tiada lain hanya untuk mu

Andai aku mengguriskan perasaan mu
Usahlah kau menghukum aku
Usahlah kau membenci aku
Hanya satu ku pinta dari mu
Hormatilah aku seperti dahulu

Dimalam yang syahdu
Dengan titisan airmata rindu
Ku lakarkan bait-bait buat tatapan mu
Agar kau mengerti perasan ku

++++ Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

5 comments:

  1. ~kau yg inginkan semua ini..rayuan ku tak kau peduli..setelah hatiku kau curi kau biarkan aku tekapai2..sendirian~

    ReplyDelete
  2. ~malamku jua bertemankan air mata kerinduan, , hanya Tuhan saja yg tahu betapa aku terlalu rindukan saat2 kita bersama,aku berdiam bkn krn benci, tapi aku takut akn terus melukakan hatimu,aku masih di sini spt dulu~

    ReplyDelete
  3. Aku terus membisu kaku
    Memendamkan segala perasaan ku
    Sampai kapan masih ku tak tahu
    Biarlah DIA menjadi penentu antara kau dan aku

    ReplyDelete
  4. andai kau masih lagi dgn keputusanmu..aku tdk akan memaksa..aku juga akan berdiam begini..aku tdk mahu kau terusan membenciku.

    ReplyDelete
  5. Tiada rasa benci dihati
    Malah hati sentiasa mengasihi
    Bukan mudah untuk melupai
    Segala kenangan indah yang dilalui

    ReplyDelete