Terkenang aku akan kelembutan mu
Terserlah sifat keibuan pada mu
Membuat aku sering merindu
Ingin sekali ku kucup dahi mu
Dahulu...
Dadaku menjadi tilam mu
Jari jemari ku lembut mengusap tubuh mu
Hembusan nafas mu menjadi melodi syahdu
Terlena kau dalam dakapan ku
Kini aku sering mengingati mu
Dari kejahuan aku memandang mu
Ku pendam rasa syahdu ku
Disebalik tirai malam ku
Ku korban segalanya untuk mu
Demi kejayaan dalam hidup mu
Bagi ku tiada yang lain hanyalah kamu
Kasih ku tiada lain hanya untuk mu
Andai aku mengguriskan perasaan mu
Usahlah kau menghukum aku
Usahlah kau membenci aku
Hanya satu ku pinta dari mu
Hormatilah aku seperti dahulu
Dimalam yang syahdu
Dengan titisan airmata rindu
Ku lakarkan bait-bait buat tatapan mu
Agar kau mengerti perasan ku
++++ Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
~kau yg inginkan semua ini..rayuan ku tak kau peduli..setelah hatiku kau curi kau biarkan aku tekapai2..sendirian~
ReplyDelete~malamku jua bertemankan air mata kerinduan, , hanya Tuhan saja yg tahu betapa aku terlalu rindukan saat2 kita bersama,aku berdiam bkn krn benci, tapi aku takut akn terus melukakan hatimu,aku masih di sini spt dulu~
ReplyDeleteAku terus membisu kaku
ReplyDeleteMemendamkan segala perasaan ku
Sampai kapan masih ku tak tahu
Biarlah DIA menjadi penentu antara kau dan aku
andai kau masih lagi dgn keputusanmu..aku tdk akan memaksa..aku juga akan berdiam begini..aku tdk mahu kau terusan membenciku.
ReplyDeleteTiada rasa benci dihati
ReplyDeleteMalah hati sentiasa mengasihi
Bukan mudah untuk melupai
Segala kenangan indah yang dilalui