Kehadiran mu tetap dinanti
Menjenguk jendela kehidupan ini
Disetiap yang bergelar insani
Membawa misteri yang bakal ditempuhi
Yang ditinggalkan sudah pasti
Meninggalkan segala kenangan sepi
Suka dan duka terus berlalu pergi
Tinggal sebagai sejarah untuk diingati
Dalam kehidupan sudahlah pasti
Melakukan kesilapan jali ataupun khafi
Apatah lagi mengguris hati
Mohon segera untuk diampuni
Pada semua yang disayangi
Terlebih lagi yang dikasihi
Kasih dan sayang ku tetap dihati
Tiada berganjak walaupun seinci
Kehidupan tetap terusan begini
Pasti menempuh onak dan duri
Dalam mencari jalan yang Hakiki
Walaupun sukar tetap direntasi
Dikesempatan ini ku nukilkan puisi
Buat kenangan dipengakhiran hari
Menutup tirai tahun ini
Sebagai kenangan indah untuk dihargai
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Monday, December 31, 2012
Saturday, December 29, 2012
PELIHARALAH NAMA
Samar pandangan dihujung usia
Tanda nikmat ditarik semula
Memohon tempoh barang seketika
Demi tanggunjawab pada keluarga
Bila semuanya telah terlaksana
Ambilah daku dengan sempurna
Semuga tenang aku disana
Mengadap pada MU yang Maha Esa
Yang ditanggalkan biarlah berjaya
Dunia dan akhirat itulah matlamatnya
Peliharalah NAMA ku sebaik-baiknya
Itulah saja yang ku tinggalkan didunia
Hadiahkanlah Al Fatihah buat ku disana
Sebagai tanda kasih mu buat selamanya
Terpisah jasad namun roh tetap bersama
Itulah HAKIKAT PENGHIDUPAN kita semua
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Tanda nikmat ditarik semula
Memohon tempoh barang seketika
Demi tanggunjawab pada keluarga
Bila semuanya telah terlaksana
Ambilah daku dengan sempurna
Semuga tenang aku disana
Mengadap pada MU yang Maha Esa
Yang ditanggalkan biarlah berjaya
Dunia dan akhirat itulah matlamatnya
Peliharalah NAMA ku sebaik-baiknya
Itulah saja yang ku tinggalkan didunia
Hadiahkanlah Al Fatihah buat ku disana
Sebagai tanda kasih mu buat selamanya
Terpisah jasad namun roh tetap bersama
Itulah HAKIKAT PENGHIDUPAN kita semua
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Subscribe to:
Posts (Atom)