Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, July 29, 2012
TIADA SEMPADAN
Dunia kini tiada sempadan
Dihujung jari segalanya ditemukan
Daripada maklukmat mahupun persahabatan
Gunakanlah ia sebagai satu kurniaan
Semua yang terjadi ada kebaikkan
Disetiap kejadian yang Allah Ciptakan
Terpulanglah pada cara kita gunakan
Tersilap pengunaan mendapat kemusnahan
Bagi yang Arif mendapat keberkatan
Dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
Bagi yang bodoh akan disia-siakan
Mejerumuskan kita pada kecelakaan
Nah!!!
Gunakanlah segala Akal fikiran
Dalam membuat segala keputusan
Jangan menurut nafsu dan perasaan
Semoga tidak tersasar dari landasan
Ingatlah wahai setiap INSAN
Segala perbuatan akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN
Rabbul Jalil lah segalanya dihadapkan
Bagi mendapat segala PEMBALASAN
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Saturday, July 28, 2012
SAMPAIKAN PESANAN
Jiwa resah dalam kesunyian
Membuatkan fikiran tidak keruan
Fikiran mula membuat andaian
Apakan kau sudah mula melupakan
Berkali-kali pesanan dikirimkan
Namun kau tidak endahkan
Apakah ini satu kemarahan
Ataukan mungkin sebagai hukuman
Ku halusi segala perbuatan
Ku selidiki segala perkataan
Namun masih tiada jawapan
Apakah kesalahan yang dilakukan
Ku rayu pada mu wahai teman
Janganlah kau terus- terusan
Membisu membatu tanpa pesanan
Membuatkan ku merasa keresahan
Ku sentiasa menaruh harapan
Agar kau terus sampaikan pesanan
Seperti biasa yang kau lakukan
Selagi ada masa terluang dan kesempatan
Ku bermohon pada Tuhan
Janganlah kita dipisahkan
Biarlah bersama menikmati kehidupan
Sehingga masa yang KAU tentukan
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Sunday, July 22, 2012
SANTAPAN KALBU
Dikeheningan subuh yang membisu
Bersila perindu diruang tamu
Merangka bait-bait indah untuk mu
Sebagai kenangan antara Kau dan Aku
Bait-bait indah melakar kisah syahdu
Menjadi tatapan sepanjang waktu
Menyatakan kerinduan pada mu
Yang tak mungkin akan bertemu
Kasih disimpul utuh bersatu
Menjadi adunan santapan kalbu
Terasa bahagia sepanjang umur ku
Walaupun hadir dihujung waktu
Selagi adanya kesempatan dan waktu
Pasti kita kan terindu-rindu
Terasa ingin terbang untuk bertemu
Menumpang kasih yang ada pada mu
Sering ku berdoa pada yang SATU
Peliharakanlah hubungan dan berikan restu
Semoga kekal hingga kehujung waktu
Sebagai hadiah dari MU untuk ku
++++Nukilan Rasa:Kasih Dihujung Nyawa++++
RAHSIA HATI
Mengapa adanya airmata
Yang mengalir tanpa dirasa
Bila rahsia hati mula terbuka
Pada mu wahai dinda
Luahan hati terbuka jua
Walaupun ianya bukan dipinta
Apatah lagi ianya dipaksa
Masih tak ku temui jawapannya
Segalanya terbuka padamu dinda
Yang terpendam sekian lama
Kau simpanlah sebagai rahsia
Sebagai amanah antara kita
Ku yakini keikhlasan hati mu dinda
Dapat ku rasa dari sinaran mata
Renungan mata mu bagaikan cahaya
Menyusuk masuk kedalam jiwa
Tatakala ku rangkul tubuh mu dinda
Ku tatap wajah mu manja
Terasa jiwa aman sentosa
Bagaikan terasa berada di syurga
Bersyukur ku pada yang ESA
Memberiku peluang walau seketika
Menikmati ketulusan hati mu dinda
Kan jadi kenangan ke hujung Nyawa
++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++
Saturday, July 21, 2012
PUASA
Sahur bermula awalnya berpuasa
Imsyak terbit berhentilah menjamu selera
Penuhi waktu mu jangan disia-sia
Baca lah Al Quran menambah pahala
Berpuasa jasmani sentiasa dijaga
Terbenam mentari berbukalah ia
Berpuasa Rohani ramai yang leka
Sedangkan ia tinggi nilainya
Hanya ada MULA namun tiada waktu BERBUKA.
Wahai sahabat jangan lah leka
Mendalamilah maksud ertinya PUASA
Janganlah JASMANI dilihat berpuasa
Namun sebenarnya ROHANI terus BERBUKA
Sia-sialah segala amalan kita
Sekiranya Jasmani dan Rohani tidak dijaga
Ibarat pohon yang indah tumbuhnya
Namun tiada BUAH yang dapat DIRASA
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Friday, July 20, 2012
KENANGAN SILAM
Terasa hiba bila ku kenangkan
Dulu bersama kini ku kesorangan
Tinggallah aku sering sendirian
Belegar disini tempat kita ditemukan
Biarpun aku tanpa kau temankan
Ku tetap setia menanti kehadiran
Bergurau senda dilaman kegemaran
Memadu kasih tiada yang perasan
Disinilah puisi ku sering diperdengarkan
Dibaca dengan penuh perasaan
Menyatakan segala luahan kerinduan
Pada mu wahai Sang Idaman.
Aku setia menanti kemunculan
Tiada terlintas rasa kebosanan
Selama mana pun sanggup ku tahan
Sebagai tanda kasih ku... Wahai Idaman
Ku panjatkan permohonan pada Tuhan
Agar kembalikan segala kegembiraan
Yang pernah kita kongsikan
Sebagai lambang rasa kecintaan
Pada mu wahai Sang Idaman.
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Thursday, July 19, 2012
BELAIAN MANJA
Kesepian malam yang suram
Mengimbau kembali segala kenangan
Bersama mu siang dan malam
Terlena dipangkuan mu semalaman
Indahnya belaian mu sayang
Bagaikan ku terbang melayang-layang
Menuju kesyurga dengan tenang
Menikmati keindahan kasih dan sayang
Belaian manja mu penuh keikhlasan
Dapat ku rasakan dari kehangatan
Mendakap membelai penuh kemesraan
Membuatkan aku sering kerinduaan
Kerinduan pada mu tak pernah pudar
Semakin hari tak mampu ku tahan
Ku kuatkan semangat untuk bersabar
Menanti hari untuk dilepaskan
Bisakah aku dapat mengapai
Menikmati kebahagian bersama mu sayang
Biarpun seketika kau tetap ku belai
Agar kau dan aku sentiasa tenang
++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++
Thursday, July 12, 2012
DINDA
Disinilah segalanya bermula
Senda gurauan itulah cara kita
Lama kelamaan mula terasa
Kerinduan teramat pada mu dinda
Kemana menghilangnya wahai dinda
Kanda mencari entah kemana
Terkapai kanda dihempas gelora
Gelora kerinduan yang tak pernah reda
Ku seru nama mu wahai Dinda.
Disetiap detik kau tetap ku puja
Entah kapankah kita kan bersama
Melayari kebahagaian ciptaan kita
Tiada ku sangka tiada ku duga
Dari alam maya ke alam nyata
Dahulu terpisah jiwa merana
Namun kini bersua muka
Terasa hati sungguh bahagia
Pabila hajat tercapai jua
Takkan dilupakan sampai bila-bila
Walaupun terpisah badan dari nyawa
++++Nukilan Rasa:Kasih DiHujung Nyawa++++
Saturday, July 7, 2012
TUJUH LAPISAN
Manik syahdu sering terurai
Bila terkenang pada mu sayang
Sering dirempuh gelombang dan badai
Dalam mempertahankan kasih dan sayang
Kasih dan sayang tetap ku simpan
Tidak kan berganjak walaupun dihalang
Biarpun nyawa menjadi taruhan
Kasih ku pada mu tak mungkin kan hilang
Kasih yang terjalin kian menebal
Setebal langit tujuh lapisan
Bentengnya kukuh lagi kebal
Hanya yang berkuasa mampu menghancurkan
Sering ku berdoa pada Tuhan
Janganlah dipisahkan antara dua insan
Kekalkan berkasih dengan keihklasan
Agar kekal bahagia berpanjangan
Bertolak ansur kita kekalkan
Hormat menghormati dijadikan amalan
Kasih mengasihi itulah tujuan
Tersimpulah CINTA bersama KEIKHLASAN
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
TERHIJAB CAHAYA ILAHI
Keheningan subuh nan sunyi
Tersentak ku dari lamunan mimpi
Bergegas bangkit menyiapkan diri
Mengadap ku pada mu ILAHI
Wajah mengadap pada MU ILAHI
Memohon keampunan membersihkan diri
Dari kekotoran penyakit hati
Yang telah ku lakukan selama ini
Kekotoran JASMANI jelas dikenali
Dari perbuatan dan tingkah laku ku ini
Kekotoran ROHANI sukar dirasai
Kerna ia bersumber dilubuk HATI
Berusaha ku membersihkan diri
Dari segala kesalahan ku ini
Yang belaku janganlah diulangi
Semoga permohonan ku akan direstui
Kekotoran Rohani amatlah khafi
Tidak mudah untuk kita KENALI
Selagi penuh dengan kekotoran HATI
Kan Terhijab lah segala CAHAYA ILAHI
ZIKRULLAH... wajib kita jalani
Dalam berusaha membersihkan HATI
Berusahalah terus tanpa henti
Semoga terpancar petunjuk MU ILAHI
Tanpa petunjuk MU matilah HATI
Keras membatu tak boleh ubati
Sekiranya ianya benar- benar terjadi
Kan tersesatlah dalam KEHIDUPAN INI
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Thursday, July 5, 2012
BELAIAN KASIH
Bulan dan bintang menyepikan diri
Petanda hujan kan mencurah kebumi
Membasahi kegersangan bumi nan sepi
Memenuhi rekahan yang belum terisi
Begitulah perumpamaan dihati ini
Sering kekosongan menanti diisi
Kasih dan sayang dari mu permata hati
Membelai mesra hilang lah sunyi
Belaian mesra mu sering mengubati
Bisa kerinduan yang sering mendatangi
Disetiap pelusuk jiwa ku ini
Kan terasa bahagia hingga ke mati
Bertapa hebat belaian kasih mu ini
Tak pernah ku kecapi selama ini
Semoga kan kekal dan direstui
Sebagai satu kurniaan Ilahi
Terima kasih wahai permata hati
Diatas kesudian mu untuk mengisi
Segala kekosongan ku telah kau penuhi
Tak akan ku izinkan kau berlalu pergi
++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++
PERCINTAAN TERLARANG
Malam dingin diselubungi mendung
Menanti rintik-rintik datang berkunjung
Deruan angin yang mengoncang
Membelai tubuh yang gersang
Bersila perindu menanti mu sayang
Mendakap membelai tubuh terangsang
Memadu kasih cinta terlarang
Terkulai terlena hingga ke siang
Tersedar perindu di peraduan usang
Dari lamunan mimpi terlarang
Berhayal menikmati cinta terhalang
Memadu kasih bersama mu sayang
Tersiksa derita percintaan terlarang
Menangis meratap malam dan siang
Batin tersiksa jasad terhalang
Hanya mampu untuk DIKENANG
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Monday, July 2, 2012
ANDAI KU KEMBALI
Suria pasti kan menyinar lagi
Walaupun mendung menyelubungi
Itulah petanda harapan menjelma kembali
Menikmati segala kurniaan Ilahi
Bagaimanakah pula Si HAMBA ini
Segalanya tidak akan pasti
Apakah mampu mengecapi lagi
Segala kenikmatan kurniaan Ilahi
Nikmat memandang ku relakan pergi
Nikmat dunaiwi tidak ku hiraukan lagi
Segalanya sudah dirasa tiada bererti
Sekiranya perasaan kasih dan sayang tiada lagi
Kasih dan sayang kekuatan diri
Untuk menjalani sisa kehidupan ini
Tanpanya bererti matilah DIRI
Umpama Jasad berdiri ..JIWAnya mati
Wahai insan dimuka bumi
Peliharalah perasaan kasih dan sayang ini
Kekalkan ia sebagai intipati
Menjalin perhubungan yang kekal dan abadi
Andainya ku pulang kembali
Mengadap pada Ya Rabbi
Hadiahkanlah fatihah pada roh ku nanti
Atas dasar kasih dan sayang yang kita jalani
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Posts (Atom)