Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Thursday, June 21, 2012
MENANTI KEPULANGAN
Berdebar hati tidak karuan
Menantinya hari kepulangan
Terpisah sementara tanpa pesanan
Ternanti-nanti dalam kerinduan
Terpisah seketika tiada ku tahan
Terus mengelamun terbatas pemikiran
Segala perbuatan tak tentu haluan
Apakah sama yang kau rasakan
Penantian ini adalah penyiksaan
Kan terlerai bila dipertemukan
Bilakah masanya menjadi igauan
Semoga igauan kan jadi kenyataan
Pertemuan nanti kan jadi kenangan
Menjadi sejarah antara dua insan
Perpisahannya nanti tanpa kerelaan
Namun terpaksa menerima kenyataan
Ini lah kasih antara dua lautan
Jasad terpisah tak mampu disatukan
Batin sentiasa merindu-rinduan
Siang dan malam tiada perbezaan
Kasih dan sayang kurniaan tuhan
Hadir dihati pada dua insan
Menjalin kasih berasaskan kejujuran
Semoga kekal ke hujung kehidupan
++++Nukilan Rasa: Kasih Di hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment