Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Wednesday, June 20, 2012
SI HAMBA PAPA KEDANA
Mendayung sampan mudik ke muara
Sarat muatan buah saga
Hamba tidak layak untuk berbangga
Hanya pujian pada yang MAHA ESA
Itulah dia tugas Si Hamba
Puji memuji pada yang ESA
Ditegah untuk rasa berbangga
Apatah lagi dipuja-puja
Renunglah diri mu wahai Si Hamba
Tiada apa-apa untuk dibangga
Segalanya diberi secara percuma
Tanpa pemberianNYA kau papa kedana
Bersyukur lah wahai Si Hamba
Diatas segala pemberian NYA
Hindarkanlah sifat berbangga- bangga
Semoga mendapat Akhlak yang mulia
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment