Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, March 18, 2012
IZINKAN AKU
Izinkan aku,
Menjadi penghibur mu,
Tika kau berduka,
Menjadi penyair mu,
Tika kau kerinduan,
Menjadi penyanyi mu,
Tika kau ingin kan lagu,
Akulah selimut kasih mu,
Yg membaluti tubuh mu,
Tika kau kedinginan rindu,
Akulah bantal kasih mu,
Tika kau memasuki kamar mu,
Akulah yg menemani mu,
Tika kau lena diperaduan mu,
Antara kau dan aku,
Sudah tidak bisa dipisahkan,
Bagaikan lagu dan irama,
Bagikan penyair dan puisinya,
Bagaikan ombak dan pantainya,
Bagaikan bunga dan tangkainya....
Tiada beza antara kita,
Kau adalah aku,
Aku adalah kau,
Telah bersatu dalam hati,
Yang tak mampu,
Dipisahkan lagi.
++++Nukilan rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment