Sunday, March 18, 2012

CINTA TERLARANG


Sayang ku,
Tiada salahnya kita berkasih sayang,
Kerana ia adalah kurniaan Ilahi,
Jangan kau gusarkan Cinta terlarang,
Selagi ia tidak menyalahi,

Benih cinta yg bersemi dihati,
Biarlah ia, janganlah di khianati,
Peliharalah dengan sepenuh hati,
Agar terus berakar umbi,

Sayang Ku,
Apa yg terjadi tak pernah kita sesali,
kerana ini adalah ketentuan Ilahi,
Pada hambanya yg selama ini sepi,
Moga kita tak kesyunian lagi, 

Selagi kita saling kasih mengasihi,
Selagi kita rindu merindui,
Selagi kita hormat menghormati,
Selagi itulah KASIH kita kan kekal abadi,

Sayang Ku,
Bila kasih kekal abadi,
Bersatulah jasad, bersatu lah hati,
Kan ku rasa sakit , bila kau disakiti,
Kan ku rasa pedih, bila kau dilukai,
Kan ku rasa bisa, bila kau dikhianatii.

Kita genggamlah Cinta yg Murni ini,
Walau apa halangan yg bakal diharungi,
Genggaman yg kukuh hingga kemati,
Berkuburlah ia kekal BERSEMADI...

++++ Nukilan Kasih Di Hujung Nyawa++++

No comments:

Post a Comment