Wahai Si Dara!
Angin kerinduan mu senantiasa ku cega,
Menyelinap masuk disetiap rongga,
Membuatkan aku terlena seketika,
Terasa nyaman jiwa yg lara,
Terubatlah rindu dan dendam pada Si Dara,
Wahai Si Dara!
Aku lah pengemis yg lara,
Menagih simpati pada mu wahai Si Dara,
Menumpang sedikit ruang sekiranya ada,
Agar terubat segala luka sengsara,
Sementara ku menunggu kembali padaNYA,
Wahai Si Dara!
Bersyukur ku pada Si Pencipta,
Membuka hati mu menerima ku seadanya,
Diantara pujangga yang senantiasa menggoda,
Menagih ruang dihati mu yang masih terbuka,
Moga ku kekal tetap bertahta,
Wahai Si Dara!!
Peluang yg diberi takan ku sia-sia,
Memelihara kejujuran selagi bernyawa,
Derhakalah aku sekiranya kau terluka,
Hukumlah aku mengikut kau suka,
Akan ku terima segala hukumanya,
Sebagai tanda kesetiaan ku pada mu Si Dara.
++++Nukilan Rasa:Kasih DiHujungNyawa+++
No comments:
Post a Comment