Monday, March 19, 2012

PERJUANGAN


Takkan melayu hilang didunia,
Itulah pesanan Datuk Hang Tuah,
Mampukah ia dapat dilaksana,
Sekiranya melayu berpecah belah,

Sedar lah wahai saudara2 ku,
Bangkitlah memikul amanah guru,
Satukan lah penyatuan bangsa mu,
Agar menuju matlamat yang satu,

Waspada lah wahai saudara2 ku,
Penyatuan kita masih layu,
Janganlah lalai membuang waktu,
Berusahalah kita kekal bersatu,

Takkan "MELAYU" hilang di dunia,
 Itulah madah kata berhikmah,
 Bangkitlah kita berpadu sekata,
 Demi menjamin perpaduan ummah,

Walaupun warna nampak tak sekata,
Namun perjuangan tetap sama,
Itulah janji sumpah setia,
Ahli perjuangan seagama sebangsa,

Ikhlas berjuang itulah dasarnya,
Inilah matlamat perjuangan kita,
Dilarang mengejar habuan dunia,
Biarlah Akhirat menentukan imbuhannya,

++++ Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

No comments:

Post a Comment