Sunday, March 18, 2012

PANAH ASMARA MU


Sayang Ku,
Terasa sepinya hidup ku,
Tanpa belaian kasih mesra mu,
Tanpa gelak tawa mu,
Tanpa senda gurau manja mu,


Kaulah pelita hati ku,
Yang sentiasa menerangi hidup ku,
Aku teramat gembira bersama mu,
Itulah antara kau dan aku,


Jurang benua memisahkan kita,
Namun itu tidak pernah ku rasa,
Kita bersama di setiap masa,
Saling memerlukan sesama kita.


Sayang Ku
Kerana mu ku bisa tertawa,
Kerana mu ku bisa gembira,
Kerana mu ku bisa berduka,
kerana mu ku bisa mengalirkan air mata,


Bertapa hebatnya panah asmara mu,
Membuatkan aku terpaku kaku,
Kaki dan tangan ku rasa terbelenggu,
Dek ikatan kasih sayang mu,


Harapan ku pada mu hanya satu,
Terimalah seadanya aku,
Agar bisa ku menumpang kasih mu,
Hingga ke akhir hayat ku..


++++Nukilan Rasa: Kasih Di hujung Nyawa++++

No comments:

Post a Comment