Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, March 18, 2012
PUISI KU UNTUK MU
Sayang Ku,
Malam ku diselubungi rindu lagi,
Tika sepi menyapa hati,
Termenung sendirian menanti,
Kekasih hati tak jelma lagi,
Mana bisa ku melupai,
Suka duka yg kita lalui,
Dalam melayari percintaan ini,
Kasih mu telah berakar umbi,
Kekal bersemadi dihati,
Yang tak mungkin dicungkil lagi,
Sayang ku,
Indahnya kehidupan kita,
Kasih antara kita bersama,
Teramat indah teramat mesra,
Walaupun terkadang menderita,
Namun kita tetap bahagia,
Ku panjatkan syukur pada ilahi,
Menganugerahkan kau dihati,
Walaupun hanya dalam mimpi,
Kehadiran mu tetap ku hargai,
Kasih yang kekal ABADI...
+++Nukilan rasa: Kasih DiHujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment