Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, March 18, 2012
PADUAN KASIH
Janganlah Duyung Berkecil hati,
Diatas kehilangan Nelayan tanpa pesan,
Kasihan Si Duyung ternanti-nanti,
Kemunculan Nelayan tak lagi kelihatan,
Maaf kan Si Nelayan diatas kesilapan,
Akibat fikiran keletihan seharian,
Menyebabkan Si Nelayan fikiran tak karuan,
Pabila Si Duyung hilang dari pandangan,
Hilangnya Si Duyung disebabkan tugasan,
Sebagai tanggung jawab mesti dilaksanakan,
Terkadang Si Nelayan tak perasan,
Asyik melayan perasaan kerinduan..
Itulah kehidupan Si Duyung dan Si Nelayan,
Yang asyik merindu - rinduan,
Melayan perasaan tanpa batasan,
Itulah hebatnya Cinta antara Dua ciptaan.
Kekal Abadi sepanjang berpanjangan...
+++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment