Deruan ombak yang menghempas
Memukul tepian pantai yang mengganas
Mengubah pantai dan menghakis
Ketentuan alam yang tak mampu ditepis
Sejauh mana berlarinya ombak
Kepantai jua tetap dijejak
Mensucikan segala duri dan onak
Tergurislah pantai menahan sebak
Begitulah perumpamaanya pertemuan
Bermula pertemuan berakhir perpisahaan
Tetapkan berlaku walau tanpa kerelaan
Bertemu semula sekiranya berkesempatan
Pertemuan singkat memberi kesan
Cukup mendalam tak mampu digambarkan
Diwarnai dengan senda gurauan
Sesekali air mata jatuh berlinangan
Bertemu dengan mu satu keindahan
Mendengar suara mu sungguh mengasyikan
Belaian manja mu amat menyeronokkan
Dakapan mu sungguh menghangatkan
Segala maruah telah ku korbankan
Selama ini tak pernah ku lakukan
Demi kasih ku pada mu teman
Terimalah daku dengan serba kekurangan
Kalaulah aku tidak menepati pilihan
Yang layak bersama mu sebagai teman
Apatah lagi mengisi ruang kekosongan
Namun kenanglah daku dalam ingatan
Sekiranya ada waktu dan kesempatan
Berilah peluang adakan pertemuan
Kan ku tebuskan segala kesilapan
Agar kau mampu memberikan kemaafan
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Segala maruah telah ku korbankan
ReplyDeleteSelama ini tak pernah ku lakukan
Demi kasih ku pada mu teman
Terimalah daku dengan serba kekurangan..
tersentap jiwa bila terbaca..
tentang maruah yang telah tiada..
bila ku baca menyentuh rasa..
Sedar diri telah kehilangannya..
kepada abahku yang bijak berbicara..
apakah ini ilusi mu sahaja..
bukan diri hendak mengata..
tapi anakmu terkeluar airmata..
NAK PINJAM BAHU BOLEH..UWAaaaaAAAaaaaa
Inilah dinamakan luahan rasa
ReplyDeleteSamaada Ilusi ataupun yang nyata
Apa yang terjadi ada hikmahnya
Semoga kita mendapat pengajarannya.
pengajaran diberi meruntun jiwa..
ReplyDeletepada siapa yang mengalaminya..
biarpun ku tak tau ini ilusi atau nyata..
yang pasti aku sedih bila membacanya...
wakakakakaka
Nukilan ku ini tercipta sendiri
ReplyDeleteLuahan dari hati yang suci
Setiap yang menghayatinya pasti merasai
Itulah lambang keikhlasan dihati
sayu hati tidaklah terperi..
ReplyDeletepabila membaca nukilanmu ini..
aku yakin pasti ada yang ternanti..
di setiap olahan bait2 ayatmu ini..
Semua madah ku sering dinanti
ReplyDeleteOleh RAB yang ku kasihi
Segala luahan ku curahkan disini
Sebagai puisi untuk ditatapi
puisimu ini adalah luahan diri..
ReplyDeletebuat rab pujaan hati..
nama duyungmu sudah kau beri..
bilalah dia hendak komen disini..
Windu baca komen duyung abah..larikkkkkk...
Waktu dan ketika dinanti-nanti
ReplyDeleteKomennya pasti mencuit hati
Sama-samalah nanti kita hayati
Janganlah ketawa sampai nampak gusi
jika tertawa nampak gusi apalah salahnya..
ReplyDeletenama juga bergurau senda..
merapatkan hubungan pada si pencinta..
kami ini cuma menumpang saja...
meriah nampak boleh join ker sayang?
ReplyDeleteBoleh sayang tiada halangan
ReplyDeleteAsalkan boleh hilangkan kerinduan
Itulah tujuan puisi ini diciptakan
Tempat ku luahakan segala perasaan
Senyummu yang manis membuatku terbuai, tiada cinta lain selain dirimu seorang, Kasih aku hanyalah untukmu, Tiada lain dalam diriku ...
ReplyDelete