Sunday, August 5, 2012

BERAKHIR PERPISAHAN


Deruan ombak yang menghempas
Memukul tepian pantai yang mengganas
Mengubah pantai dan menghakis
Ketentuan alam yang tak mampu ditepis


Sejauh mana berlarinya ombak
Kepantai jua tetap dijejak
Mensucikan segala duri dan onak
Tergurislah pantai menahan sebak


Begitulah perumpamaanya pertemuan
Bermula pertemuan  berakhir perpisahaan
Tetapkan berlaku walau tanpa kerelaan
Bertemu semula sekiranya berkesempatan


Pertemuan singkat memberi kesan
Cukup mendalam tak mampu digambarkan
Diwarnai dengan senda gurauan
Sesekali air mata jatuh berlinangan


Bertemu dengan mu satu keindahan
Mendengar suara mu sungguh mengasyikan
Belaian manja mu amat menyeronokkan
Dakapan mu sungguh menghangatkan


Segala maruah telah ku korbankan
Selama ini tak pernah ku lakukan
Demi kasih ku pada mu teman
Terimalah daku dengan serba kekurangan


Kalaulah aku tidak menepati pilihan
Yang layak bersama mu sebagai teman
Apatah lagi mengisi ruang kekosongan
Namun kenanglah daku dalam ingatan


Sekiranya ada waktu dan kesempatan
Berilah peluang adakan pertemuan
Kan ku tebuskan segala kesilapan
Agar kau mampu memberikan kemaafan


++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++

12 comments:

  1. Segala maruah telah ku korbankan
    Selama ini tak pernah ku lakukan
    Demi kasih ku pada mu teman
    Terimalah daku dengan serba kekurangan..

    tersentap jiwa bila terbaca..
    tentang maruah yang telah tiada..
    bila ku baca menyentuh rasa..
    Sedar diri telah kehilangannya..
    kepada abahku yang bijak berbicara..
    apakah ini ilusi mu sahaja..
    bukan diri hendak mengata..
    tapi anakmu terkeluar airmata..

    NAK PINJAM BAHU BOLEH..UWAaaaaAAAaaaaa

    ReplyDelete
  2. Inilah dinamakan luahan rasa
    Samaada Ilusi ataupun yang nyata
    Apa yang terjadi ada hikmahnya
    Semoga kita mendapat pengajarannya.

    ReplyDelete
  3. pengajaran diberi meruntun jiwa..
    pada siapa yang mengalaminya..
    biarpun ku tak tau ini ilusi atau nyata..
    yang pasti aku sedih bila membacanya...
    wakakakakaka

    ReplyDelete
  4. Nukilan ku ini tercipta sendiri
    Luahan dari hati yang suci
    Setiap yang menghayatinya pasti merasai
    Itulah lambang keikhlasan dihati

    ReplyDelete
  5. sayu hati tidaklah terperi..
    pabila membaca nukilanmu ini..
    aku yakin pasti ada yang ternanti..
    di setiap olahan bait2 ayatmu ini..

    ReplyDelete
  6. Semua madah ku sering dinanti
    Oleh RAB yang ku kasihi
    Segala luahan ku curahkan disini
    Sebagai puisi untuk ditatapi

    ReplyDelete
  7. puisimu ini adalah luahan diri..
    buat rab pujaan hati..
    nama duyungmu sudah kau beri..
    bilalah dia hendak komen disini..

    Windu baca komen duyung abah..larikkkkkk...

    ReplyDelete
  8. Waktu dan ketika dinanti-nanti
    Komennya pasti mencuit hati
    Sama-samalah nanti kita hayati
    Janganlah ketawa sampai nampak gusi

    ReplyDelete
  9. jika tertawa nampak gusi apalah salahnya..
    nama juga bergurau senda..
    merapatkan hubungan pada si pencinta..
    kami ini cuma menumpang saja...

    ReplyDelete
  10. meriah nampak boleh join ker sayang?

    ReplyDelete
  11. Boleh sayang tiada halangan
    Asalkan boleh hilangkan kerinduan
    Itulah tujuan puisi ini diciptakan
    Tempat ku luahakan segala perasaan

    ReplyDelete
  12. Senyummu yang manis membuatku terbuai, tiada cinta lain selain dirimu seorang, Kasih aku hanyalah untukmu, Tiada lain dalam diriku ...

    ReplyDelete