Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Wednesday, August 1, 2012
PEMERGIAN
Kenangan silam bagaikan igauan
Pemergian mu tak dapat ku lupakan
Tersiksa bathin tak mampu ku tahan
Sayu hiba menganggu perasaan
Berbagai cara sudah ku lakukan
Memadamkan segala kenangan silam
Bahagia bersama mu sering ku impikan
Namun segalanya tidak kesampaian
Pemergian mu tanpa pesan
Kembali menghadap kepada Tuhan
Hancur lebur segala impian
Namun ku redha ketentuan MU Tuhan
Didalam keberkatan bulan Ramadhan
Ku panjatkan permohonan pada MU Tuhan
Agar kau sentiasa dalam ketenangan
Walaupun ku tersiksa menanggung kerinduan
Oh Tuhan!!
Berilah aku segala kekuatan
Dalam menghadapi segala dugaan
Menjalani kehidupan keseorangan
Tukarkanlah kedukaan ku pada kebahagian
Ku bermohon pada mu Tuhan
Kembalikan semula segala keceriaan
Bersinar semula cahaya kebahagian
Menerangi hidupku sepanjang zaman
Kebahagian pasti kan kelihatan
Berkat keyakkinan pada mu Tuhan
Segala kehidupan ku KAU yang tadbirkan
Seperti yang ternyata dalam Al Quran
++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yg pergi biarkan pergi , jgn sesekali padamkan segala kenangan yg ada, kerana itu semua yg menguatkan semangat yg hampir mati. Tanamkan ia dihati walaupun jasad tiada lg bersama. Bersamamu adalah suatu keindahan yg tak dapat digambarkan Dan ianya kan abadi selamanya. (Dido....RAB)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeketika bersama terasa bahagia
ReplyDeleteManakan mungkin akan dilupa
Dalam jiwa sering meronta-ronta
Hidup bersama kehujung nyawa
walau si dia cuma pinjaman seketika..
Deleteredhakanlah pemergiannya..
biarkanlah dia tenang di alam sana..
kuburkanlah dirinya buat selamanya..
kerna ku takut dirimu semakin kecewa..
Puisi ku ini bicara hati
ReplyDeleteLahir dari kerendahan diri
Disusun indah untuk ditatapi
Pada Sang Idaman Kekasih Hati
whai abah yang disayangi.
Deletesiapakah sang idaman kekasih hati??
Sudah lama ku tercari-cari..
Dimanakah abah sembunyiii??
Usahlah dirisau usahlah dicari
ReplyDeleteBiarkan ia terus tersembunyi
Sampai masanya munculah nanti
Masa dan ketika Allah saja yang ketahui
bukan niat tuk risau dan mencari..
ReplyDeletetapi hajat hanyalah ingin mengenali..
sampai kapankah kami akan menanti..
takut kempunan tuk berkenalan nanti..
Kepada duyung yang abahku sayangi..
jika terbaca jangan tersenyum sendiri..
kalu boleh kenalkan diri..
buat kami yang abah sayangi..
Akan ditunggu hingga duyung abah muncul...wakakakaka
Duyung tetap tersimpan rapi
ReplyDeleteDialam nyata ataupun Ilusi
Biarlah menjadi kisah misteri
Tersimpan kemas didalam hati
kuatnya ikatan si empunya diri..
ReplyDeletehingga nak bawa sampai ke mati..
akan ku cari siapakah c duyung ini
biar sampai terungkap cerita ini...