Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Saturday, July 28, 2012
SAMPAIKAN PESANAN
Jiwa resah dalam kesunyian
Membuatkan fikiran tidak keruan
Fikiran mula membuat andaian
Apakan kau sudah mula melupakan
Berkali-kali pesanan dikirimkan
Namun kau tidak endahkan
Apakah ini satu kemarahan
Ataukan mungkin sebagai hukuman
Ku halusi segala perbuatan
Ku selidiki segala perkataan
Namun masih tiada jawapan
Apakah kesalahan yang dilakukan
Ku rayu pada mu wahai teman
Janganlah kau terus- terusan
Membisu membatu tanpa pesanan
Membuatkan ku merasa keresahan
Ku sentiasa menaruh harapan
Agar kau terus sampaikan pesanan
Seperti biasa yang kau lakukan
Selagi ada masa terluang dan kesempatan
Ku bermohon pada Tuhan
Janganlah kita dipisahkan
Biarlah bersama menikmati kehidupan
Sehingga masa yang KAU tentukan
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waahhh...nie puisi bnyak baiklah abah..
ReplyDeletesuke yang teramat..
saat jiwamu keresahan..
anakmu dalam keadaan kerinduan..
kutadah tangan kepada tuhan..
supaya abahku ceria berterusan..
kepada insan yang abahku maksudkan..
silalah hantar pesanan..
jangan membisu tanpa perkhabaran..
nanti abahku kerindu-rinduan...
Pesanan disampaikan tanda kerinduan
ReplyDeleteItulah saja yang mampu dilakukan
Sampai kapankah masih dalam kesamaran
Biarlah saja Allah tentukan
Begitulah hebat cara penyampaian..
ReplyDeleteDapat menyatukan hubungan dua insan..
semoga hubungan cinta mendapat balasan..
biar menyatu sebagai pasangan..
hahaha..kah..kah...
Hidup didunia berpasang-pasangan
ReplyDeleteItulah dia ketentuan Tuhan
Segalanya tetap kan jadi harapan
Pada Insan yang sering kesepian
ku kagumi ciptaan tuhan..
ReplyDeletetidak menjadikan manusia bersendirian..
kepada insan yang sering kesepian..
semoga ALLAH ketemukan kau pasangan..
Bermohonlah dengan tanpa bosan
ReplyDeletePada Allah permohonan ditujukan
Pasti akan Allah kabulkan
Bila sampai masa yang ditentukan
itulah yang kulakukan setiap saban..
Deleteberdoa tanpa ada rasa bosan..
khas buat insan yang kuigaukan..
supaya disembuhkan penglihatan..
Aku sentiasa berharap agar Kau Dan aku kan sentiasa bersama. Walau jiwa merintih kesedihan. Waktu2 bersamamu adalah satu hadiah yg paling berharga dlm hdpku.Walau jasad terpisah jauh, hatikan sentiasa bersatu!
ReplyDeleteHatikan terus bersatu
ReplyDeleteWalaupun apa yang akan berlaku
Itulah dia janji setia ku
Pada mu wahai permata hati ku
Walaupun apa halangan hati tidak bisa lg dipisahkan, kau dh aku tlh ditakdirkan begini , namun aku tetap bersyukur akan ketentuan Allah.(RAB)
ReplyDeleteKetentuan Ilahi tak bisa disangkal lagi
ReplyDeletePerkara yang terjadi tetap kan terjadi
Segala halangan dengan mudah ditempuhi
Pasti mempunyai HIKMAH yang TERSENDIRI