Bila kau rindu pada ku
Pandanglah bulan yang satu
Disitulah kita bersatu
Pada pemandangan yang satu
Bila kau rindu pada ku
Bacalah quran disisi mu
Disitulah kan kau rasakan aku bersama mu
Bersatu dalam satu suara
Suara mu adalah suara ku jua
Bila kau rindu pada ku
Tariklah nafas mu sedalam- dalam
Nanti kau akan rasakan tak boleh berpisah dengan ku
Kerana kita bersatu dalam satu pernafasan..
Bila kau rindu pada ku
Pandanglah urat saraf mu
Disanalah aku mengalir keseluruh tubuh mu
Kerana darah merah mu adalah darah ku
Jika kau rindukan pelukkan ku
Rasalah kehangatan cahaya sang suria di kulit mu
Pasti kau terasa kehangantan ku
Tika memeluk mu satu ketika dulu
Wahai sayang ku
Andainya kau kasihkan akan daku
Peliharalah akan diri mu
Terluka diri mu terlukalah tubuh ku
Andai kau sayang akan daku
Peliharalah tingkah laku mu
Baik tingkah laku mu baiklah nama ku
Kerana dalam nama mu ada nama ku
Walau kau berjauhan dari ku
Kau tetap bersama dengan ku
Tiada beza antara kau dan aku
Jasad terpisah namun roh tetap bersatu
++++Nukilan Rasa: KasihDi Hujung Nyawa++++
No comments:
Post a Comment