Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Sunday, October 14, 2012
SAHABAT SEJATI
Bermula dari hujung jari
Menjalin persahabatan kehendak ilahi
Persahabatan dipelihara usahlah dikhianati
Agar menjadi sahabat sejati
Sahabat sejati sukar dicari
Dalam kehidupan dewasa ini
Apatah lagi yang boleh dipercayai
Malahan kepercayaan sanggup dikhianati
Impian mendapat sahabat sejati
Bantu membantu seikhlas hati
Mampu berkongsi isi hati
Seumpama tubuh badan ini
Beginilah perumpamaan sahabat sejati
Terluka anggota seluruh badan merasai
Terluka hati mengalir arimata dipipi
Tanpa diminta terbit dengan sendiri
Wahai sahabat sejati
Roh bersatu terpisah jasmani
Hanya bersatu dialam tersendiri
Tak akan difahami kecuali yang merasai
Terpisahnya hanyalah mati
++++Nukilan Rasa: Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment