Sabda Rasulullah SAW: " Tuhan menciptakan RASA KASIH SAYANG itu seratus bahagian, sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya disisi-Nya. SATU bahagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan KASIH SAYANG yang SATU bahagian itulah para MAKHLUK saling BERKASIH SAYANG , sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak" Hadith: Sahih Bukhari
Thursday, August 9, 2012
BAHTERA CINTA
Layarkan lah bahtera cinta
Bersama mu kasih walau seketika
Menuju pelabuhan ciptaan kita
Membawa segala kenangan bersama
Kenangan yang tidak akan dilupa
Melakar sejarah antara kita
Seumpama bagai satu keluarga
Kerukunan bersatu menjadi bahagia
Segala yang terjadi ada hikmahnya
Semunya adalah ketentuan dariNya
Sebagai kurniaan antara kita
Terselit pengajaran kita bersama
Ingatlah....!!!
Segalanya kita lalui bersama
Semuanya adalah indah belaka
Pahit dan maung tiada dirasa
Berkat keikhlasan kita bersama
Masa berlalu tanpa diduga
Tak mampu ditahan itulah ketentuanNya
Terpisahlah semula antara kita
Menjalani kehidupan sedia kala
Yang tinggal kini adalah Rasa
Kebahagian teramat takpernah dirasa
Dihargai disanjung begitu rupa
Tetap dikenang kehujung nyawa
Doa dipohon terus padaNya
Kembalikan dia pada ku semula
Agar mampu hidup bersama
Melayari kebahagian walaupun seketika
++++Nukilan Rasa:Kasih Di Hujung Nyawa++++
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelayaran akhirnya berhenti ke destinasi yg dituju..kau dan aku dipertemukan di pelabuhan "cinta", mana bisa dipisahkan walau besar manapun gelombang melanda bahtera kan tetap terus kukuh (rab)
ReplyDeleteSaat indah yg kulalui bersamamu
Melukiskan kisah cinta
di dalam lubuk hati
Terbuai nafas cinta yg kau hembuskan
Sampai mati pun ku takkan bisa melupakanmu (lirik Saat indah bersamamu)
Gelombang melanda mengukuhkan kita
ReplyDeleteSemakin berpadu melayari bahtera
Rempuhan badai masih mampu ku duga
Namun rangkulan mu membuat ku sentiasa dahaga
Bagaimana mungkin semuanya berkahir pabila sentuhanmu sentiasa kurindui, putaran waktu berlalu perlahan bagai mencemburi pertemuan,ku sabar menunggu saat bersamamu kembali!!!
ReplyDeleteKembali mu sentiasa ku nanti
ReplyDeleteHembusan nafas mu sentiasa ku rindui
Sentuhan mu teramat ku dahagai
Segala yang kau beri tetap ku hargai