Thursday, August 2, 2012

KEKERINGAN SEPI



Manik syahdu mu mengalir lagi
Mengalir tanpa kau sedari
Bila meluahkan pada kekasih mu ini
Tentang hatimu yang sering dilukai


Perasaan mu tiada yang peduli
Kesepian mu tiada yang mengisi
Kedukaan mu terus dilukai
Oleh mereka yang mementingkan diri


Kemesraan mu tiada yang mengetahui
Kemanjaan mu tidak diterokai
Kau dibiarkan kekeringan sepi
Tanpa dihargai tanpa disayangi


Aku disini setia menanti
Kehadiran mu yang ku sayangi
Membelai mesra sehingga kemati
Itulah janji ku wahai kekasih hati


Pertemuan seketika tetap dikenangi
Bagai tak rela kau berlalu pergi
Namun tak mampu ku menahan mu lagi
Kerana kau sudah pun dimiliki


Perpisahan kita tetap kan terjadi
Walaupun tiada kerelaan dihati
Wajah mu semakin sayup pergi
Tinggallah aku sendirian lagi


Kan ku jalani sisa-sisa hidup ini
Bersama kerinduan mu terus bersemadi
Terpahat terbenam dilubuk hati
Sebagai nikmat kurniaan ILAHI


++++Nukilan Rasa: Kasih Dihujung Nyawa++++

3 comments:

  1. bila sudah ketentuan ilahi..
    tiada apa yang harus ditangisi..
    hanya perlu kuat dan bina semangat diri..
    Tuk jalani sisa kehidupan ini..
    Pada siapa yang tersedih hati..
    sentiasalah bermohon doa kepada ilahi..
    Agar diberikan ketenangan hati seperti empunya diri..
    ingin ku bercerita disini...
    kerna aku jua insan yang menyintai..
    tidak kuat ketika dipisahi..
    alhamdulillah atas semua dugaan ini..

    ReplyDelete
  2. Tahniah untukmu gadis misteri
    Diatas semangatmu dalam mengatasi
    Segala cabaran mampu kau hadapi
    Pasti kau akan diredhai oleh ILAHI

    ReplyDelete
  3. kudoakan jua buat si gadis misteri..
    Semoga dapat menangani..
    yakinlah yang ALLAH selalu menemani
    insyaallah akan berjaya melalui..

    ReplyDelete